Utusan Borneo (Sabah)

47 peratus kawasan tanaman sawit peroleh sijil MSPO

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

KUALA BERANG: Seluas 2.75 juta hektar kawasan tanaman sawit atau 47 peratus daripada 5.85 juta hektar telah memperoleh Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga akhir Julai tahun ini.

Pensijilan MSPO ini meliputi 2.06 juta hektar kawasan ladang dan 386,000 hektar kawasan yang diusahakan oleh pekebun kecil. Manakala kilang buah sawit yang telah mendapat sijil MSPO adalah sebanyak 271 kilang atau 61 peratus daripada seluruh kilang buah sawit di Malaysia.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, sebanyak 124 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) daripada 162 SPOC di seluruh negara telah mendapat sijil berkenaan yang melibatkan penyertaan 12,000 pekebun kecil dengan keluasan kebun sawit berjumlah 46,000 hektar.

“Walau bagaimanap­un, peratusan pencapaian ini masih rendah memandangk­an tarikh pelaksanaa­n MSPO secara mandatori telah semakin hampir iaitu pada 1 Januari 2020.

“Kesedaran mengenai pensijilan MSPO ini belum sampai ke akar umbi dan ramai pekebun kecil sawit yang tidak tahu.

“Setiap kali saya mengadakan jelajah ke seluruh negara, perkara sama dibangkitk­an iaitu mengenai kesedaran dan kepentinga­n mendapatka­n pensijilan,” katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat MSPO dan Sesi Dialog Bersama Penanam Sawit Terengganu di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pegawai agensi kementeria­n itu sudah mengadakan taklimat untuk penanam kelapa sawit di 15 tempat bagi memberi kesedaran.

Katanya, proses permohonan untuk mendapatka­n pensijilan MSPO juga perlahan kerana kekurangan kakitangan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

“Kita juga tidak cukup konsultan menyebabka­n prosesnya agak perlahan, sedangkan kita mahu mempercepa­tkan proses pensijilan MSPO ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaik­an sijil MSPO kepada pekebun kecil sawit yang telah berjaya memperoleh sijil berkenaan.

Majlis yang dihadiri lebih 250 pekebun kecil itu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmat­an) MPOB, Mohamad Nor Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC, Chew Jit Seng.

 ??  ?? TERESA Kok beramah mesra dengan pekebun kecil yang hadir majlis Taklimat MSPO di Kuala Berang, Terengganu.
TERESA Kok beramah mesra dengan pekebun kecil yang hadir majlis Taklimat MSPO di Kuala Berang, Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia