Utusan Borneo (Sabah)

Misi perkukuh dagangan komoditi di India

- Oleh Dr Nagendran Bala Sundram nagen@mpob.gov.my

MUMBAI: Menteri Industri Utama, Teresa Kok telah mengetuai Misi Ekonomi dan Pelaburan Minyak Sawit dan Getah ke India awal bulan ini dalam usaha memantapka­n perdaganga­nkomoditiM­alaysia di negara itu.

India adalah pasaran utama produk sawit Malaysia, dengan eksport keseluruha­n produk berasaskan sawit Malaysia ke India adalah bernilai RM6.84 bilion, iaitu 10.1% daripada jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada tahun 2018.

Misi berkenaan turut disertai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dato’ Lee Yeow Chor; Pemangku Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Datuk Dr Kalyana Sundram; dan Setiausaha Bahagian Kanan Kementeria­n Industri Utama, Dr. Sugumari Shanmugam.

Teresa berkata, India adalah rakan dagang Malaysia yang amat dihargai dan merupakan pasaran utama minyak sawit Malaysia.

“India perlu mengimport minyak sayuran untuk menampung keperluan negara tersebut, dan dalam hal ini, Malaysia memang bersedia membantu memenuhi keperluan tersebut”, katanya semasa berucap merasmikan Palm Oil Trade Fair & Seminar (POTS) India 2019 di Mumbai.

POTS India 2019 yang dianjurkan secara bersama oleh MPOB dan MPOC dihadiri lebih 270 peserta terdiri wakil industri minyak dan lemak India.

Sementara itu, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dalam ucapan aluannya berkata, POTS membuka peluang kepada pihak industri untuk meningkatk­an jalinan kerjasama dalam perdaganga­n minyak sawit antara Malaysia dan India.

Sesi teknikal POTS melibatkan sembilan pembentang­an, termasuk satu pembentang­an bertajuk “Malaysian Palm Oil: Meeting Challenges Through Research and Innovation” oleh Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Teresa turut berpeluang berinterak­si dengan penggiat industri minyak dan lemak India sempena POTS India 2019 di samping ditemubual oleh pihak media.

Semasa di India, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdaganga­n dan Industri India, Piyush Goyal di New Delhi. Beliau memberitah­u India akan terus menjadi rakan kongsi perdaganga­n Malaysia, khususnya bagi komoditi sawit dan getah.

Di New Delhi, Teresa berpeluang berinterak­si dengan wakil dewan perdaganga­n dan industri utama di India dan wakil sektor produk getah.

Semasa berada di India, beliau juga menghadiri sesi interaksi dengan blogger makanan dan gaya hidup (food and lifestyle bloggers).

Interaksi ini bertujuan mewujudkan hubungan baik dengan blogger yang aktif dalam media sosial bagi membantu menyampaik­an maklumat tepat mengenai minyak sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia