Utusan Borneo (Sabah)

Liga KDM Malaysia: Penentuan ke separuh akhir hari ini

- Oleh

KOTA KINABALU: Empat perlawanan suku akhir kedua hari ini akan menentukan pasukan yang layak ke separuh akhir pertanding­an liga Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia 2018-2019.

Perlawanan dimulakan dengan Ranau menentang Sepanggar di Kompleks Sukan Ranau di mana sepak mula dijadualka­n pada 2.30 petang.

Sepak mula dua lagi perlawanan serentak pada 3.15 petang iaitu Kudat menentang Bandaraya di Kompleks Sukan Kudat dan Tongod menentang Telupid di Kompleks Sukan Sandakan.

Sambil itu, sepak mula perlawanan antara juara bertahan, Keningau dengan Semporna di Kompleks Sukan Tawau adalah pada jam 8.00 malam.

Perhitunga­n terakhir antara Semporna dan Keningau itu adalah antara yang paling sengit selepas kedua-duanya terikat dengan keputusan seri 1-1 pada suku akhir pertama, 10 Ogos lalu.

Kudat pula pasti akan memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mempertaha­nkan kelebihan awal menang tipis 3-2 ke atas Bandaraya pada suku akhir pertama.

Sementara itu, Telupid dan Sepanggar dijangka tiada masalah meneruskan kemaraan selepas mendapat bekalan selesa menang besar pada suku akhir pertama.

Sepanggar akan turun dengan bekalan kemenangan 5-0 manakala Telupid menang 6-2 pada suku akhir pertama.

Pertanding­an liga adalah pertanding­an utama edisi kedua kejohanan itu yang dianjurkan Pertubuhan KDM Malaysia kerjasama Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

Kejohanan tempatanan terbesar dengan tawaran hadiah keseluruha­n lebih RM300,000 itu juga mempertand­ingkan Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Piala Sumbangsih dimenangi Keningau manakala dua pasukan yang telah menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA ialah pasukan Semporna dan Sepanggar.

Setiausaha kejohanan, Jellysius Saimpon berkata, perlawanan akhir Piala FA akan diadakan sebelum perlawanan akhir pertanding­an akhir liga.

Vitalis G Bingkasan

 ??  ?? JELLYSIUS
JELLYSIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia