Utusan Borneo (Sabah)

Sediakan bilik khas selesa untuk ibu-ibu menyusukan bayi

-

TAMBUNAN: Pegawai Daerah Tambunan, Jumain Abdul Ghani meminta ketua-ketua jabatan di daerah ini agar dapat menyediaka­n bilik khas yang selesa untuk ibu-ibu menyusukan bayi mereka.

Katanya, Pejabat Daerah telah mengambil langkah sebagai satu jabatan yang pertama di daerah ini dan pedalaman khususnya yang menyediaka­n bilik selesa untuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka.

“Apa yang dibuat oleh Pejabat Daerah ini diharapkan diikuti jabatan lain dan saya mengambil contoh seperti Pejabat Pendidikan Daerah yang merupakan jabatan yang besar dengan sekolahsek­olah yang besar dan juga tidak terkecuali Majlis Daerah Tambunan dalam menyediaka­n bilik ini untuk ruang ibu-ibu menyusukan bayi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kawasan Keningau yang diadakan di dewan masyarakat di sini pada Selasa.

Jumain mahu di Tambunan ini dan juga di bahagian pedalaman, lebih banyak jabatan jabatan kerajaan yang menyediaka­n bilik khas untuk menyusukan bayi khususnya kakitangan awam wanita di jabatan berkenaan di Pedalaman Atas.

Katanya, apabila ada bilik khusus menyusukan bayi, sudah tentu ia memberikan keselesaan kepada ibu dan bayinya.

“Atas kesedaran ini, Pejabat Daerah mengambil daya usaha menyediaka­n bilik khas untuk ibu-ibu menyusukan bayi, sama ada untuk kegunaan staf pejabat atau ibu-ibu yang berurusan di pejabat ini yang membawa bayi mereka,” katanya.

Katanya, langkah yang diambil oleh Pejabat Daerah menyediaka­n ruang tempat menyusukan bayi adalah sebagai contoh kepada jabatanjab­atan kerajaan yang lain untuk menyediaka­n bilik yang selesa bagi ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka.

“Saya meminta ketua-ketua jabatan di daerah ini agar dapat menyediaka­n bilik khas yang selesa untuk ibu-ibu menyusukan bayi dan mungkin pada suatu hari bayi yang disusukan itu bakal menjadi pemimpin kita pada masa akan datang.

Menyentuh program itu, Jumain berkata, bayi yang baru dilahirkan sepatutnya dberikan minum susu ibu sehinggala­h bayi itu berumur enam bulan hingga dua tahun.

Katanya, kelebihan yang terdapat kepada susu ibu jika dilihat orang-orang dahulu mereka nampak sihat, panjang umur dan bertenaga kerana diberikan minum susu ibu semasa bayi mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.

Hadir sama wakil Pegawai Kesihatan kawasan Keningau Dr Ronald Robinson, Wakil Pegawai Kasihatan Daerah Tambunan Dr Rohana Abdul Razak, Pengerusi Program Flora Tajin, Pemimpin Pembanguna­n Rakyat Tambunan Basal Bullah, dan Ketua Daerah OKK Adin Manggala.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Jumain (tengah) dan pegawai-pegawai kerajaan lain bergambar bersama dengan para ibu yang hadir pada program itu.
GAMBAR KENANGAN: Jumain (tengah) dan pegawai-pegawai kerajaan lain bergambar bersama dengan para ibu yang hadir pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia