Utusan Borneo (Sabah)

Juventus mulakan kempen Serie A tanpa Sarri

-

MILAN: Juventus memulakan kempen mereka dalam Serie A di Parma pada malam ini (Sabtu) dengan matlamat untuk melanjutka­n rekod Scudetto mereka kepada sembilan tetapi dengan corak bola sepak berlainan di bawah jurulatih baharu Maurizio Sarri, yang tidak akan akan menggalas tugas untuk perlawanan pembukaan kerana menghidap penyakit radang paru-paru.

Di belakang, Napoli dan Inter Milan menunggu di tepi dengan harapan ketibaan Sarri boleh mencetuska­n kekalutan di Turin dan perubahan pasukan utama di Itali.

Napoli bimbingan Carlo Ancelotti tidak pernah memenangi kejuaraan sejak 1990 dan membuka kempen di Fiorentina pada malam ini manakala Inter bimbingan Antonio Conte bermain di stadium sendiri menentang Lecce pada Isnin.

Seperti Sarri, Conte kali etrakhir menjadi jurulatih di Chelsea, dan selain Ancelotti, pemenang Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali, Serie A mempunyai barisan jurulatih berkelas dunia pada musim ini.

Bagaimanap­un Juventus memulakan musim tanpa Sarri yang tidak akan menggalas tugas untuk perlawanan menentang Parma dan kelab lamanya Napoli pada 31 Ogos kerana radang paru-paru. Pengurus berusia 60 tahun itu masih menyelia latihan.

Sarri menggantik­an Massimilia­no Allegri dengan corak bola sepaknya yang pragmatik tetapi tidak disenangi walaupun sentiasa memenangi trofi selama lima tahun.

Juventus menyasari Scudetto ke-36 tetapi objektif utama mereka masih Liga Juara-Juara yang mereka tidak pernah menangi sejak 1996.

Selepas berbelanja besar untuk mendapatka­n Cristiano Ronaldo pada musim lepas, Juventus sekali lagi mengukuhka­n pasukan dengan dua pemain tengah Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot serta pemain pertahanan Belanda Matthijs De Ligt.

“Sarri sudah mempersiap­kan kami dengan baik dan memberi kami falsafahny­a,” kata Rabiot, bekas pemain tengah Paris Saint-Germain.

“Saya berjaya mewujudkan keseraian yang amat baik dengan Cristiano Ronaldo, kerana dia juga bermain di sebelah kiri.

“Berlatih bersamanya membolehka­n saya untuk memperbaik­i diri dengan ketara dan kehadirann­ya sangat bagus untuk kumpulan ini.”

Di Milan, Conte, yang membimbing Juventus untuk memenangi tiga kejuaraan pertama dalam siri lapan kejuaraan mereka, juga telah diberi duit untuk dibelanja untuk memberikan kejuaraan Serie A pertama sejak 2010.

“Ketibaan Conte telah mencetuska­n semangat tetapi terutama sekali, ia telah menaikkan standard,” kata pemain pertahanan Inter, Danilo D’Ambrosio.

“Daripada sudut pandangan mental, Conte dan kakitangan adalah pemenang.”

Inter yang dimiliki warga China membayar 65 juta euro (RM312 juta) untuk pemain Belgium dari Manchester United (MU) Romelu Lukaku.

Pemain pertahanan Atletico Madrid Diego Godin juga sudah tiba bersama dua pemain tengah Itali, Stefano Sensi dan Nicolo Barella.

Inter masih dalam rundingan dengan MU untuk penyerang Chile Alexis Sanchez sebelum kendela perpindaha­n ditutup pada 2 September.

Radja Nainggolan dan Ivan Perisic sudah meninggalk­an kelab manakala konflik di antara kelab dengan bekas kapten Mauro Icardi masih belum selesai.

Juventus msaih pasukan pilihan, tegas jurulatih Itali, Roberto Mancini.

“Juve sememangka­n paling kuat,” kata Mancini yang memenangi tiga kejuaraan Serie A bersama Inter. AFP

 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia