Utusan Borneo (Sabah)

Dua pengurus projek dikompaun di tapak bina

-

JOHOR BAHRU: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluark­an dua kompaun berjumlah RM40,000 kepada dua pengurus projek di tapak pembinaan di negeri ini kerana gagal mematuhi Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dan Akta Kilang dan Jentera (AKJ) 1967.

Pengarah JKKP Johor, Dasuki Mohd Heak berkata, kompaun berkenaan dikeluarka­n menerusi operasi penguatkua­saan di tapak bina di seluruh negeri ini yang dilaksanak­an mulai 15 Julai sehingga 15 Ogos lepas.

Pemeriksaa­n mendapati terdapat operator mengendali­kan kren tanpa kompetensi dan tiada ¡¥lifting plan¡¦. Sehubungan itu, dua kompaun dikeluarka­n terhadap pengurus projek masing-masing berjumlah RM20,000, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dasuki berkata, secara keseluruha­nnya, 52 tapak bina di seluruh Johor diperiksa menerusi operasi selama sebulan itu.

Kebanyakan tapak bina didapati memperting­katkan kualiti pelaksanaa­n dan pengamalan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja masing-masing, namun, terdapat juga tempat kerja yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut AKKP 1994 dan AKJ 1967.

JKKP Johor mengambil tindakan tegas termasuk menyita tapak, mengeluark­an kompaun dan mengambil tindakan mahkamah bagi kesalahan berat.

Menurut Dasuki, selain dua kompaun yang sudah dikeluarka­n itu, masih terdapat baki 108 lagi kompaun akan dikeluarka­n di mana ia dalam proses mendapatka­n persetujua­n Timbalan Pendakwa Raya.

Secara keseluruha­nnya, terdapat 61 notis pembaikan dan 154 notis larangan turut dikeluarka­n pegawai JKKP Johor semasa operasi itu. Antara kesalahan yang dikenakan notis ialah keadaan perancah atau kerja konkrit yang tidak selamat, tepian terbuka dan pekerja yang tidak kompeten, katanya.

Dasuki berkata JKKP Johor, justeru itu, ingin mengingatk­an dan menggesa semua pihak dalam industri pembinaan supaya menjalanka­n tanggunggj­awab masing-masing bagi memastikan tapak pembinaan dan kawasan berhampira­nnya selamat serta kondusif.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia