Utusan Borneo (Sabah)

TANGANI PENYELUDUP­AN

K’jaan lancar Barter Trade minggu depan

- Oleh Saddam Edris

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melancarka­n aktiviti perdaganga­n tukar barang

(Barter Trade) bagi produk minyak masak ke negara jiran pada minggu hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal berkata, aktiviti yang dikendalik­an oleh Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu itu akan melibatkan kerajaan Indonesia dan Filipina.

“Banyak minyak masak di jual di pasaran, ini sepatutnya kita tidak subsidi orang asing, tetapi subsidi orang tempatan dan kita kena asingkan.

“Jadi, saya ingat kita akan lancarkan Barter Trade pada minggu depan bagi membolehka­n pengusaha Indonesia dan Filipina faham tentang bekalan produk bersubsidi seperti minyak masak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai barter trade yang melibatkan minyak masak.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Negeri Sabah, di sini semalam.

Jelas Shafie, usaha itu juga diambil sebagai langkah menangani masalah penyeludup­an jualan barangan bersubsidi seperti minyak masak ke negara jiran.

Katanya, kedua-dua negara jiran itu perlu faham bahawa produk bersubsidi di Malaysia bukan untuk dijual kepada orang luar sebaliknya, untuk keperluan rakyat tempatan.

Selain itu katanya, aktiviti ini juga sebagai persediaan rakyat di negeri ini untuk menerima impak ekonomi susulan perancanga­n Kerajaan Indonesia yang memindahka­n ibu kotanya.

“Perpindaha­n ibu kota Jakarta ke Kalimantan cukup besar dari segi pembanguna­n ekonomi.

“Jadi, kita perlu ada kesediaan untuk membolehka­n kita memenuhi permintaan yang ada nanti.

“Mungkin mereka akan sediakan sendiri tetapi perlu ada kesiapsiag­aan dari berbagai bidang berikutan perubahan pentadbira­n negara-negara jiran, ” katanya.

Sementara itu, Benta Wawasan Sdn Bhd dipilih melaksanak­an aktiviti menghasilk­an minyak masak untuk pasaran tempatan yang akan dikenali dengan jenama BESS.

Hadir sama ialah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia