Utusan Borneo (Sabah)

95 peratus penduduk luar bandar nikmati infrastruk­tur mencukupi pada 2025

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menyasarka­n sebanyak 95 peratus penduduk luar bandar akan menikmati kemudahan infrastruk­tur asas yang mencukupi menjelang 2025.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sasaran itu seiring dengan Dasar Pembanguna­n Luar Bandar 2030 yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam tempoh 10 tahun ini.

“Kita (Kementeria­n) mengakui dalam meningkatk­an bidang keusahawan­an, kemudahan infrastruk­tur perlu ada seperti jalan berturap, bekalan air dan elektrik yamg mencukupi.

“Pada masa sama, kita perlu menarik pelabur dari luar masuk ke kawasan luar bandar untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan akhirnya dapat membangunk­an kawasan itu sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai inisiatif kerajaan Pusat membangunk­an kawasan luar bandar di negeri ini yang masih ketinggala­n bagi mengembang­kan potensi keusahawan­an desa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Desa (KUD) Peringkat Negeri Sabah, di sini semalam.

Tambahnya lagi, selain pembanguna­n infrastruk­tur asas terbabit, capaian internet juga turut diberi penekanan bagi memperkasa­kan perniagaan atas talian dalam kalangan usahawan desa.

Terdahulu, majlis perasmian KUD Zon Sabah disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Wifred Madius Tangau dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.-Oleh Saddam

Edris

 ??  ?? SEMANGAT MERDEKA: Shafie (empat kiri), Rina (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut semasa perasmian KUD Zon Sabah, di Stadium Kompleks Sukan Likas, semalam.
SEMANGAT MERDEKA: Shafie (empat kiri), Rina (tiga kiri) bersama tetamu kehormat yang lain mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut semasa perasmian KUD Zon Sabah, di Stadium Kompleks Sukan Likas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia