Utusan Borneo (Sabah)

Jalur Gemilang perlu dihormati setiap lapisan rakyat Malaysia

- Oleh Yap Siong Han

SEMPORNA: Rakyat perlu menghayati serta hormat kepada bendera Jalur Gemilang tanpa meletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, pengibaran Jalur Gemilang pula tidak seharusnya bermusim sebaliknya ianya perlu sentiasa dikibarkan.

“Saya setuju cadangan untuk memperkena­lkan cara pengibaran Jalur Gemilang secara betul kerana ianya satu penghormat­an. Bendera ini bukan saja menjadi kebanggaan kita tetapi juga kerukunan sesebuah negara dan bangsa.

“Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan rakyat Malaysia, ia harus dihormati, jangan sesuka hati letak di tempat tidak sepatutnya agar dapat dielakkan daripada dipijak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Sayangi Sabah Selamat Sejahtera peringkat Semporna, di sini semalam.

Beliau berkata, penghinaan terhadap bendera Malaysia bermakna sama seperti menghina maruah diri sendiri.

Katanya, semua rakyat dari semua peringkat perlu menghormat­i serta menikmati erti kemerdekaa­n yang dicapai pada hari ini.

“Bukan senang untuk reka Jalur Gemilang, ia melibatkan pelbagai makna tersirat dalam warna, jalur, bintang. Usaha pemikiran serta doa-doa juga dilibatkan, kita harus menjaga bendera negara kita sebaikbaik­nya,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kehadiran ramai orang awam dalam sambutan kemerdekaa­n hari ini membuktika­n rakyat Malaysia di sini mempunyai kesedaran tinggi atas penghormat­an kepada sambutan Bulan Kebangsaan.

Katanya, sambutan hari kemerdekaa­n adalah satu khazanah yang tidak ternilai kepada setiap insan rakyat Malaysia dan ianya harus menjadi kebanggaan semua.

“Sambutan ini perlu terus diadakan agar mempunyai kelangsung­an selamanya, bukan senang pemimpin kita terdahulu berjuang untuk membebaska­n Malaysia daripada penjajahan seterusnya mencapai kemerdekaa­n.

“Rakyat hari ini perlu menikmati kemerdekaa­n ini dengan perpaduan, bersamasam­a membantu kerajaan tanpa wujud sebarang persengket­aan seterusnya membangunk­an Malaysia, khususnya Sabah dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi sebagai sebuah negeri atau negara berbilang kaum,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Semporna Bianus Kontong bersama tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SERAH:Jaujan (kanan) menyempurn­akan acara penyerahan Jalur Gemilang ketika di majlis berkenaan.
SERAH:Jaujan (kanan) menyempurn­akan acara penyerahan Jalur Gemilang ketika di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia