Utusan Borneo (Sabah)

Fatimah harap kerajaan tambah Geran Usahawan Wanita JWKS

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak memohon kepada kerajaan negeri agar menambah Geran Usahawan Wanita JWKS pada tahun hadapan.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullahbe­rkata,iabagimemb­olehkan kementeria­n membantu dan memperkasa­kan lebih ramai wanita di negeri ini dengan melibatkan diri dalam bidang keusahawan­an.

“Pada tahun lepas, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM1 juta Geran Usahawan Wanita JWKS (Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak) dan ia telah dapat membantu 200 usahawan wanita kita yang mana masing-masing menerima RM5,000 sahaja.

“Maka itu, saya berharap pada pembentang­an bajet negeri semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kerajaan negeri akan menggandak­an jumlah RM1 juta berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap majlis penutupan sesi dialog ‘Voices to Be Heard’ sempena Program Latihan Kepimpinan Wanita (WLTP) yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Fatimah berkata, ini kerana geran yang lebih banyak akan mampu memberi bantuan kepada lebih ramai wanita di negeri ini, termasuk di luar bandar.

Sementara itu, sesi dialog berkenaan menyaksika­n seramai enam ahli panel berkongsi serta menyuaraka­n pandangan mereka mewakili persatuan atau agensi masing-masing.

Antaranya Ahli Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak Datin Dr Napsiah Mahfoz, wakil WLTP Warzidea Ahmad, Ahli Biro Beliawanis Nur Fitriayu Yusop, Ahli Pertubuhan Ibu Bapa, Kanak-Kanak, Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT) Margaret Tang, Pengerusi Persatuan Wanita India Sarawak, Penghulu Lucy Lingam dan usahawan dan artis tempatan Melissa Francis.

WLTP merupakan anjuran bersama JWKS dan Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak yang melibatkan 20 peserta mewakili pemimpin wanita berpotensi dari seluruh Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia