Utusan Borneo (Sabah)

Bot kargo sarat muatan minyak masak ditahan

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot kargo yang sarat muatan minyak masak, disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

Bot terbabit ditahan di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam, dan turut ditahan juragan bot, remaja lelaki, 19, warga tempatan.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, 337 kotak minyak masak jenis peket (1kg) yang dianggarka­n bernilai RM14, 000 dirampas.

“Turut dirampas bot kargo, tiga enjin sangkut, satu enjin pam air dan empat tong gas cecair petroleum; kesemuanya bernilai kira-kira RM45, 000,” katanya di sini semalam.

Yusri berkata, penahanan berkenaan dilakukan APMM Tawau hasil daripada pelaksanaa­n Operasi Pluto Timur yang dijalankan di sekitar kawasan tanggungja­wab rondaan.

Menurutnya, tahanan dan rampasan dibawa ke Jeti APMM Tawau, serta diserah kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau.

”Penahanan dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan yang disyaki cuba diseleweng dengan penyeludup­an ke negara jiran,” katanya.

Mengulas lanjut, APMM Tawau akan terus meningkatk­an rondaan dan penguatkua­saan untuk memastikan perlanggar­an undangunda­ng ditangani di kawasan perairan negara.

Beliau berharap orang ramai akan berkongsi maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigak­an di perairan negara melalui talian hotline 089-752115 atau MERS999.

Timbalan Ketua KPDNHEP Tawau Yapp Kon Fatt berkata, siasatan akan dijalankan terhadap pemilik bot kargo sekiranya mempunyai lesen atau melanggar syarat lesen.

“Jika ada kesalahan dikesan, kita akan siasat pembekal sekali sekiranya bekalan yang diberikan kepada pemegang lesen atau sebaliknya, dan kita tidak akan berkomprom­i.

“Walaupun kesalahan sebegini boleh dikenakan kompaun, tetapi untuk kes ini kita akan dakwa di mahkamah supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai,” katanya.

 ??  ?? SITA: Yusri (tiga kiri) dan Yapp (dua kiri) bersama pegawai-pegawai APMM Tawau dan KPDNHEP Tawau menunjukka­n kepada media minyak masak yang berjaya dirampas menerusi Operasi Pluto Timur di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik, Tawau.
SITA: Yusri (tiga kiri) dan Yapp (dua kiri) bersama pegawai-pegawai APMM Tawau dan KPDNHEP Tawau menunjukka­n kepada media minyak masak yang berjaya dirampas menerusi Operasi Pluto Timur di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia