Utusan Borneo (Sabah)

Berhati-hati semasa cuaca buruk

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pengguna jalan serta orang ramai amnya dinasihatk­an untuk sentiasa berhati-hati dalam pemanduan serta kegiatan harian sepanjang cuaca buruk yang melanda ibu negeri dan beberapa kawasan sekitarnya.

Angin kencang beserta hujan yang turun malam kelmarin sehingga petang semalam menyebabka­n beberapa kejadian genting kepada pengguna jalan.

Pasukan keselamata­n termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanak­an operasi pembersiha­n membabitka­n pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar sini.

Antara kawasan terjejas termasukla­h Pusat Bandar, Jalan Mat Salleh, dan Jalan Tuaran menyebabka­n sedikit gangguan terhadapa laluan lalu lintas.

Antara yang terkesan adalah pengguna jalan yang balik ke rumah bermula jam 4.30 petang menaiki kereta pelbagai guna nyaris dihempap pokok besar yang tumbang sekitar kawasan City Mall.

Sementara itu Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) dalam satu kenyataan mengeluark­an amaran ribut petir di beberapa

SELAMAT: Pengguna jalan terselamat selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan balik.

kawasan di Sabah termasuk Sarawak.

Jurucakap jabatan itu berkata, bagi Sabah ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan sehingga jam 4 petang termasuk kawasan pedalaman iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.

“Kawasan pantai barat turut terkesan iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Kota Belud dan Kudat.

“Labuan dan Sarawak di kawasan Limbang turut terkesan dengan gangguan cuaca ini,” katanya.

 ??  ?? BERSIH: Anggota APM melakukan operasi pembersiha­n pokok tumbang di laluan utama.
BERSIH: Anggota APM melakukan operasi pembersiha­n pokok tumbang di laluan utama.
 ??  ?? HEMPAP: Salah sebuah kereta yang dihempap pokok tumbang akibat angin kencang di Kota Kinabalu.
HEMPAP: Salah sebuah kereta yang dihempap pokok tumbang akibat angin kencang di Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia