Utusan Borneo (Sabah)

SAR diaktif jejaki nelayan hilang

Dikhuatiri lemas ketika keluar memancing menaiki bot pam bersendiri­an

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing dilancarka­n di perairan Pulau Burung, dekat sini, semalam.

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata, SAR yang diketuai Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Lahad Datu Lt Madya (M) Wan Syarafuddi­n Jasni Wan Badarudin disertai Pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan bot nelayan tempatan.

SAR menggerakk­an bot HALILINTAR 5 dengan menumpu sektor pencarian merangkumi 60.4 batu nautika persegi sekitar Perairan Pulau Burung.

Mangsa yang dicari, Ebno Salim, 48, dilaporkan telah keluar memancing menaiki bot pam bersendiri­an di laut jam 2 pagi semalam dan botnya ditemui kosong namun dengan enjin yang masih hidup oleh nelayan kapal jam 7 pagi.

Maritim Malaysia memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangk­an kadar kehilangan nyawa di laut.

Orang ramai terutamany­a komuniti maritim dinasihatk­an supaya sering mengambil langkah persediaan awal sebelum ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkina­n kecemasan memandangk­an cuaca pada masa kini yang tidak menentu.

Orang ramai juga boleh mendapatka­n maklumat terkini ramalan cuaca melalui MCG Info yang boleh didapati melalui aplikasi ‘playstore’ dan ‘appstore’ di telefon bimbit.

Di samping itu Maritim Malaysia mengalu-alukan komuniti maritim dan orang ramai dapat menyalurka­n sebarang maklumat mengenai sebarang kemalangan di laut dengan segera di talian 089-885727 Bilik Operasi Zon Maritim Lahad Datu.

 ??  ?? TELITI MAKLUMAT: Pasukan SAR sedang fokus mendapatka­n perkembang­an terkini operasi.
TELITI MAKLUMAT: Pasukan SAR sedang fokus mendapatka­n perkembang­an terkini operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia