Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Labuan didedahkan dengan pilihan raya

-

LABUAN: Simulasi proses pengundian pilihan raya menerusi Program Amalan Demokrasi Berparlime­n anjuran Jabatan Penerangan Labuan dengan kerjasama Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR) diteruskan bagi memberi pendedahan kepada generasi muda berkaitan amalan pilihan raya di negara ini.

Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin menegaskan, generasi muda yang bakal menjadi pengundi perlu dididik daripada awal pada peringkat sekolah agar mereka faham mengenai proses demokrasi di Malaysia seperti proses mengundi.

“Selaras dengan usul pindaan Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, semua pihak mesti mengambil peranan masing-masing dalam memandu anak-anak muda kita terutama yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Mereka yang berusia 18 tahun boleh membuat keputusan kritikal, berfikir lebih jauh terutama dalam hal membabitka­n kesinambun­gan hidup untuk bangsa, agama dan negara, namun masih perlu bergantung kepada persekitar­an dan pengaruh ramai pihak seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

“Oleh itu, didikan awal sejak sekolah lagi amat penting supaya mereka faham dengan lebih jelas berkenaan maksud sebenar demokrasi dan impak daripada pilihan mereka terhadap masa depan negara,” katanya semasa simulasi program berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RanchaRanc­ha, baru-baru ini.

Raisin turut merakamkan penghargaa­n kepada Jabatan Penerangan Labuan, Suruhanjay­a Pilihan Raya, SMK Rancha-Rancha dan semua jawatankua­sa pelaksana atas kerjasama padu bersama Jabatan Pendidikan bagi melahirkan kemenjadia­n pelajar yang bertanggun­ggjawab serta berkeupaya­an mencapai kesejahter­aan diri.

“Saya yakin kerjasama pintar antara pelbagai agensi ini mampu memberi persediaan awal dan maklumat yang mencukupi melalui pendidikan sivik serta pendidikan pengundi sekaligus melahirkan belia yang berwibawa dan bertanggun­gjawab buat negara yang kita cintai,” katanya lagi.

Pada program itu, SPR memberi pendedahan kepada 145 orang pelajar dari semua sekolah menengah dan Kolej Vokasional Labuan merasai sendiri proses pengundian bermula daripada peringkat pertama seperti penamaan calon selain ceramah mengenai proses pilihan raya serta amalan demokrasi di negara ini.

Turut hadir Pengarah Penerangan Labuan Supian Musa, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan, Labuan Asbola@ Hasbollah Amit dan Pengetua SMK Rancha-Rancha Yahya Ahmad Putih.

 ??  ?? ALBUM: Raisin (tengah) dan Supian (empat kanan) bersama pelajar yang mengikuti simulasi proses pengundian pilihan raya di SMK Rancha-Rancha.
ALBUM: Raisin (tengah) dan Supian (empat kanan) bersama pelajar yang mengikuti simulasi proses pengundian pilihan raya di SMK Rancha-Rancha.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Supian (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Raisin selepas majlis perasmian simulasi proses pengundian pilihan raya anjuran Jabatan Penerangan Labuan.
CENDERAMAT­A: Supian (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Raisin selepas majlis perasmian simulasi proses pengundian pilihan raya anjuran Jabatan Penerangan Labuan.
 ??  ?? SIMULASI: Pelajar mengikuti simulasi proses pengundian pilihan raya di SMK Rancha-Rancha.
SIMULASI: Pelajar mengikuti simulasi proses pengundian pilihan raya di SMK Rancha-Rancha.
 ??  ?? MENGUNDI: Pelajar menunjukka­n jari yang dicalit selepas membuang undi.
MENGUNDI: Pelajar menunjukka­n jari yang dicalit selepas membuang undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia