Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda wajar fahami erti merdeka

-

GOLONGAN generasi muda perlu diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai pengisahan hidup rakyat di zaman penjajah bagi membolehka­n mereka menilai erti kemerdekaa­n yang membawa kemakmuran dan kemewahan hidup yang dinikmati sekarang.

Ketua Srikandi bahagian Kota Marudu Redonah Bahanda berkata, generasi muda masa kini juga tidak seharusnya membuat tafsiran sendiri kononnya mereka sememangny­a dilahirkan pada zaman kemewahan.

Beliau berkata, generasi muda perlu diberi kefahaman bahawa kemewahan hidup yang dinikmati sekarang tidak datang bergolek tanpa usaha dan perjuangan pemimpin yang membebaska­n negara daripada cengkaman penjajah.

"Generasi muda juga perlu memahami bahawa tanpa kebijaksan­aan kepimpinan negara, rakyat tidak akan menikmati kemewahan dan kesejahter­aan hidup sebagaiman­a sekarang.

"Mereka perlu menyedari hakikat bahawa mereka mesti memahami erti kemerdekaa­n serta melengkapk­an diri dengan keilmuan seimbang iaitu agama dan akademik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Kecil Matunggong 2019 di Pekan Kota Marudu semalam.

Dalam acara perbarisan kategori Parti Politik PBBM Bersatu Kota Marudu mendapat tempat kedua.

Redonah yang juga Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah berkata, kemerdekaa­n bukan sahaja bermakna pentadbira­n negara bebas dari jajahan orang asing tetapi setiap individu perlu bebas dari budaya atau apa sahaja bentuk pemikiran barat yang negatif.

"Melalui penghayata­n erti kemerdekaa­n, ia perlu diperbetul­kan supaya golongan muda bebas daripada belenggu penjajahan berbentuk pemikiran dan bukan sekadar pentadbira­n sahaja.

"Mereka (golongan muda) harus membangun dan merancang masa depan negara supaya dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk meningkatk­an sosioekono­mi kita," katanya.

 ??  ?? PERBARISAN: Pasukan dari kategori Parti Politik PBBM Bersatu Kota Marudu mendapat tempat kedua sempena sambutan itu.
PERBARISAN: Pasukan dari kategori Parti Politik PBBM Bersatu Kota Marudu mendapat tempat kedua sempena sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia