Utusan Borneo (Sabah)

Hari Malaysia disambut dengan penuh kesyukuran

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah didahului dengan program bacaan Yasin sebagai tanda kesyukuran di atas keamanan yang dikecapi hari ini.

Majlis ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau.

Timbalan Presiden PKMT Ismail Awang berkata, bacaan Yasin yang diadakan ini untuk mengimbang­i cara sambutan Hari Malaysia sebelumnya yang tidak hanya fokus dengan acara pesta dan nyanyian sahaja.

"Kita mahu masyarakat sedar kemerdekaa­n yang dikecapi ini harus disambut dengan penuh kesyukuran terhadap Allah SWT yang mengizinka­n kemerdekaa­n di bumi Sabah," katanya semasa majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat, di sini semalam.

Katanya, majlis ini juga untuk menghargai dan mendoakan kesejahter­aan para pejuang yang telah berkorban memperjuan­gkan kemerdekaa­n dan pembentuka­n Malaysia.

"Perjuangan orang dahulu sangat besar maknanya kerana pengorbana­n merekalah kita bebas dan merdeka.

"Oleh itu, bacaan doa harus sentiasa kita berikan kepada para pejuang ini," katanya lagi.

Menurutnya, bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Bandar ini merupakan simbolik kepada tanda nostalgia masyarakat di daerah ini.

"Masjid Bandar merupakan yang paling awal dibina sekitar tahun 1963 iaitu sama pembentukk­an Malaysia selain ianya terletak di tengah-tengah bandar Tawau," jelasnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N56 Apas Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, ADUN N59 Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, Presiden MPT Datuk Amrullah Kamal, Presiden PKMT OKK Mohd Ayub Kee Abu Bakar, Ketua Daerah Tawau OKK Akhmad Monggoh dan Pegawai Tadbir JHEAINS Tawau Kahar Sundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia