Utusan Borneo (Sabah)

Gobind lepaskan konvoi 112 motosikal Harley-Davidson ke Perak

-

KUALA LUMPUR: Deruman enjin 112 motosikal berkuasa tinggi HarleyDavi­dson yang memulakan konvoi Kingz Annual Ride (KAR) bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept memecah keheningan pagi Jumaat di Wisma Angkasapur­i RTM di sini.

Majlis pelepasan konvoi itu ke negeri Perak di hadapan perkaranga­n Wisma Radio RTM pada kira-kira jam 9 pagi itu disempurna­kan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang turut disiarkan dalam slot rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Gobind ketika ditemui selepas pelepasan konvoi itu berkata inisiatif yang dilakukan oleh Kingz MG (kumpulan motosikal) mampu merapatkan silaturahi­m dan perpaduan antara ahlinya yang terdiri daripada pelbagai kaum selain mengamalka­n gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan permotoran.

“Inisiatif sebegini sangat penting kerana kita hendak menumpukan kepada perpaduan dan saya rasa ini adalah manifestas­i kebersamaa­n kita.

“Saya harap inisiatif sebegini dijadikan contoh oleh orang ramai khususnya dalam bulan kebangsaan ini,” katanya.

Menurut Gobind juga, setiap penunggang akan mengibarka­n Jalur Gemilang pada motosikal mereka sepanjang konvoi tiga hari itu yang memasuki edisi ketiga sejak diperkenal­kan pada 2017.

Kingz MG adalah kumpulan motosikal yang terdiri daripada pemilik HarleyDavi­dson daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Untuk kali ini beberapa penunggang Harley-Davidson dari Singapura turut bersama memeriahka­n suasana.

Pada edisi tahun lepas, konvoi motosikal kumpulan itu telah menjengah ke negeri Pantai Timur serta telah mengadakan program yang sama ke negeri Johor pada pada edisi pertamanya.

Antara pengisian yang akan dilakukan konvoi itu adalah menjelajah ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Perak termasuk ke Muzium Sejarah Pasir Salak, Kellie’s Castle di Batu Gajah dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PATRIOTIK: Gobind Singh melepaskan peserta konvoi ‘Kingz Annual Ride (KAR) 2019’ dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kingz Motorcycle Group Malaysia (KMGM) dalam usaha untuk menyemai semangat patriotik dan sayangkan Malaysia di Pekarangan Angkasapur­i semalam.
— Gambar Bernama PATRIOTIK: Gobind Singh melepaskan peserta konvoi ‘Kingz Annual Ride (KAR) 2019’ dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kingz Motorcycle Group Malaysia (KMGM) dalam usaha untuk menyemai semangat patriotik dan sayangkan Malaysia di Pekarangan Angkasapur­i semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia