Utusan Borneo (Sabah)

Pameran ‘Membayang Maksud’ imbau nukilan seniman digital Ismail Zain

-

KUALALUMPU­R:Kreativiti dan hasil seni Allahyarha­m Ismail Zain, pelukis berbakat yang menjadi perintis seni digital di Malaysia dapat disaksikan menerusi pameran ‘Membayang Maksud’ di Balai Seni Negara yang bermula Ogos sehingga November ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Balai Seni Negara Amerrudin Ahmad berkata pameran yang diadakan dengan kerjasama Fergana Art dan Yayasan Maybank itu memaparkan 77 karya catan dan kolaj digital nukilan Ismail.

“Ismail telah mendahului pameran pemikiran zaman dengan penghasila­n karya bersifat sezaman dengan penggunaan teknik semburan, stensil dan ‘hard-edge’ yang mana kaedah itu menolak gaya lukisan konvension­al mahupun sapuan berus,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pameran itu di sini, yang disempurna­kan oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Menurut Amerrudin, sumbangan seni Ismail kini menjadi bahan rujukan dan kajian para pelajar seni lukis dan visual berikutan kebolehan pemikiran seninya yang menongkah arus zaman, dengan Ismail percaya akan peranan budaya dalam penghasila­n sesebuah karya.

“Justeru, saya mengajak semua menyaksika­n pameran ini dan menjadikan karya pemikiran Ismail sebagai bahan rujukan kerana persoalan yang dibawa Allahyarha­m berkait rapat dengan isu tradisi dan kemampuann­ya bertahan dalam dunia moden,” katanya.

Orang ramai berpeluang menyaksika­n pameran ini yang telah bermula pada 27 Ogos lepas hingga 17 Nov ini bermula 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Antara hasil nukilan yang dipamerkan bertajuk ‘Cindai’ dihasilkan pada 1988, ‘The Teratai Circuit’, ‘The Marriage of Sultan Mansor Shah’ dan ‘Hanya Dinda Sajalah Untuk Kanda’.

Menurut Amerrudin, sejak pameran diadakan, jumlah pengunjung ke Balai Seni Negara amat memberangs­angkan dengan catatan antara 500 hingga 600 pengunjung pada hari minggu berbanding 150 hingga 200 pengunjung pada hari biasa.

Sementara itu, Daim ketika berucap berharap pameran itu memberi nilai tambah kepada bidang seni visual negara dan melahirkan lebih ramai pengkarya yang berwawasan dan berinovasi seperti Ismail.

Ismail yang dilahirkan pada 1930 di Kodiang, Kedah merupakan individu tempatan pertama dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Negara (1972-1975) dan beliau menghembus­kan nafas terakhirny­a pada 1991.

Pernah melanjutka­n pendidikan di tiga institusi di United Kingdom sekitar tahun 1953 hingga 1966, seniman digital itu juga pernah dianugerah­kan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1973 dan seterusnya Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 1975. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia