Utusan Borneo (Sabah)

KDNK lebih kukuh pada suku kedua sokong keputusan BNM kekalkan OPR: Penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi percaya keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus kelmarin berdasarka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh dicatatkan pada suku kedua tahun ini.

Bagaimanap­un, mereka tidak menolak kemungkina­n penurunan kadar pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada November.

Malah, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemungkina­n untuk penurunan kadar pada November meningkat.

“Inflasi dicatatkan pada kadar yang amat rendah manakala prospek pertumbuha­n amat mencabar berdasarka­n perang perdaganga­n antara AS dan China yang tidak menentu serta UK Brexit.

“Oleh itu, skop untuk akomodatif dasar monetari terbuka luas. Ia merupakan persoalan mengenai masa dan jumlah penguranga­n,” katanya kepada Bernama.

Berkongsi pandangan yang sama, Ahli Strategi Pasaran Asia Pasifik Axi Trader Stephen Innes berkata tahap aktiviti ekonomi pada 2020 kekal tidak pasti.

Beliau berkata dengan keputusan suku kedua yang kukuh dan data eksport yang positif, BNM dijangka mengekalka­n kadar tersebut hingga selepas situasi global menunjukka­n petunjuk negatif.

Sementara itu, MIDF Research dalam nota kelmarin berkata keputusan BNM mengekalka­n OPR sejajar dengan jangkaanny­a berikutan prestasi perdaganga­n luaran yang semakin pulih susulan kembali positif walaupun import kekal negatif, justeru meningkatk­an lebihan dagangan.

Katanya pelonggara­n dasar monetari di beberapa negara utama telah mengurangk­an keadaan kewangan global, tetapi tidak menentu daripada pertikaian perdaganga­n yang berpanjang­an dan perkembang­an geopolitik yang boleh membawa kepada turun naik dalam pasaran kewangan.

“Kebimbanga­n mengenai pertikaian perdaganga­n ASChina kekal tetapi mengurangk­an kegelisaha­n buat sementara waktu berikutan kedua-dua negara itu menangguhk­an pusingan terkini kenaikan tarif mereka. Di peringkat tempatan, jualan pengedaran terus berkembang tetapi pada kadar yang agak sederhana,” katanya.

Dalam kenyataan kelmarin mengenai OPR dikekalkan, BNM berkata ekonomi dunia sedang berkembang pada kadar lebih sederhana berikutan pertumbuha­n lebih perlahan dalam kebanyakan ekonomi maju utama dan negara sedang pesat membangun.

Katanya MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuha­n dalam negeri dan inflasi, memastikan pendirian dasar monetari terus kondusif terhadap pertumbuha­n yang berterusan dalam keadaan harga yang stabil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia