Utusan Borneo (Sabah)

Misi EAM ke Turki jana jualan eksport RM823.72 juta

-

KUALA LUMPUR: Misi Peningkata­n Eksport (EAM) ke Turki baru-baru ini telah menjana jualan eksport sebanyak RM823.72 juta, kata Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Pengarah Kanan Bahagian Penggalaka­n Eksport dan Akses Pasaran Abu Bakar Yusof berkata misi itu disertai 15 syarikat Malaysia daripada pelbagai sektor, seperti peranti perubatan dan barangan pakai buang, bahan makanan, logistik dan produk hijau.

“Ia adalah petunjuk baik bagaimana syarikat Turki melihat produk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

EAM yang berlangsun­g di Istanbul dan Ankara dari 2 hingga 6 Sept bertujuan meneroka kerjasama perniagaan, serta menyediaka­n platform untuk syarikat Malaysia mempromosi­kan jenama ‘Buatan Malaysia’ mereka di rantau itu.

Beliau berkata sebanyak 160 mesyuarat perniagaan telah diaturkan di kedua-dua bandar raya itu antara syarikat Malaysia dan rakan kongsi Turki yang berpotensi.

Mesyuarat perniagaan dan sesi perangkaia­n diadakan dengan kerjasama persatuan perniagaan dan perdaganga­n tempatan seperti Dewan Perniagaan Ankara di Ankara dan Dewan Perniagaan Istanbul.

Syarikat-syarikat Malaysia juga berpeluang melawat pengimport, pengedar dan peruncit tempatan untuk mendapatka­n pemahaman yang lebih baik berkenaan keperluan produk dan pensijilan mereka, struktur harga dan juga permintaan khusus.

Selain itu, MATRADE juga menyusun lawatan ke dua pameran perdaganga­n terkemuka yang berkaitan dengan makanan dan minuman, seperti World Food Istanbul dan CNR Food Istanbul, untuk berangkaia­n dengan syarikat dan peserta antarabang­sa.

Abu Bakar berkata Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) Malaysia-Turki yang berkuat kuasa pada Ogos 2015 pastinya memberi produk Malaysia kelebihan daya saing dalam pasaran.

“Pasaran domestik adalah besar dan hakikat bahawa Turki berfungsi sebagai pintu masuk ke kawasan sekitarnya seperti Kesatuan Eropah (EU), Timur Tengah dan Afrika Utara serta Asia Tengah juga membuka saiz pasaran yang lebih besar untuk produk dan perkhidmat­an Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada Kesatuan Kastam EU dan telah menandatan­gani FTA dengan 25 negara, Turki menyediaka­n akses kepada lebih 850 juta penduduk. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh Syarikat Malaysia,” katanya.

Dari Januari hingga Julai tahun ini, perdaganga­n Malaysia dengan Turki berjumlah RM5.22 bilion. Jumlah eksport bernilai RM4.24 bilion, manakala import berjumlah RM0.98 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia