Utusan Borneo (Sabah)

Bas media berlanggar dengan pesawat Trudeau di Kanada

-

OTTAWA: Usaha Justin Trudeau bagi pelantikan semula telah berdepan dengan rintangan apabila sebuah bas membawa wartawan bertembung dengan pesawat kempennya semasa satu persinggah­an di wilayah paling barat Kanada, memaksa beliau untuk menerbangk­an sebuah pesawat pinjaman kelmarin.

Menurut wartawan yang ikut serta dengan pemimpin Liberal itu, perlanggar­an berlaku sejurus selepas mendarat di Victoria pada Rabu lepas semasa bahagian pertama untuk jelajah merentasi negara.

Bas media itu dipandu di bawah dan bergesel pada sayap pesawat, kata mereka.

Trudeau telah meninggalk­an lapangan terbang. Gambar di media sosial menunjukka­n satu torehan di bawah bahagian sayap.

“Tidak ada kecederaan dan kerosakan terhadap pesawat sedang dinilai,” jurucakap Liberal Eleanore Catenaro memberitah­u AFP.

Kemalangan itu, tambahnya, tidak akan menjejaska­n jadual Trudeau yang sibuk, termasuk beberapa persinggah­an kempen kelmarin di Kamloops dan Edmonton.

Sebuah pesawat baharu telah disediakan, namun ia tidak menampilka­n nama Trudeau dan penjenamaa­n parti yang terdapat padanya seperti mana pada yang asal.

Pengulas mencadangk­an bahawa kemalangan tersebut adalah alegori kepada permulaan kempen Trudeau yang sukar, di mana beliau berdepan dengan kritikan baharu mengenai campur tangan beliau dalam pendakwaan satu jenayah korporat.

“Ia baharu sehari dan pesawat pilihan raya Liberal telah dilanggar oleh sebuah bas,” menurut satu tajuk utama.

Di Twitter, ramai yang kelihatan mentertawa­kannya, dengan satu kenyataan mencadangk­an bahawa ketua Konservati­f Andrew Scheer berasa gayat akibat “sayap kiri telah rosak” dalam kemalangan itu.

Pesawat Scheer sendiri telah bertukar arah disebabkan oleh kabus ketika penerbanga­nnya dari Ottawa pada Rabu lepas, memaksa calon itu, pasukan kempennya dan wartawan agar berhenti setengah jalan dan menaiki bas selama sejam bagi acara kempen pertamanya di Trois-Rivieres, Quebec. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT TIBA: Trudeau turun dari pesawat gantian, selepas pesawat kempennya rosak akibat dilanggar bas media, setibanya untuk acara kempen pilihan raya parti Liberal di Kamloops, British Columbia, Kanada kelmarin.
— Gambar Reuters SELAMAT TIBA: Trudeau turun dari pesawat gantian, selepas pesawat kempennya rosak akibat dilanggar bas media, setibanya untuk acara kempen pilihan raya parti Liberal di Kamloops, British Columbia, Kanada kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia