Utusan Borneo (Sabah)

Semua anggota kru tidur semasa bot terbakar di California: Laporan

-

LOS ANGELES: Kesemua enam anggota kru sedang nyenyak tidur ketika satu kebakaran yang berlaku pada minggu lepas di atas sebuah bot penyelam di California, menyebabka­n 34 orang terkorban, kata Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara kelmarin.

Dalam laporan awamnya mengenai kebakaran pada 2 September – bencana maritim terburuk dalam sejarah moden California – pihak agensi menyatakan “pada masa kebakaran, lima anggota kru sedang tidur di tempat tidur di belakang ruangan kemudi, dan seorang anggota kru sedang tidur di dalam bilik.”

Di bawah undang-undang persekutua­n, bot Conception sepanjang 75 kaki adalah dikehendak­i untuk mempunyai seorang jaga malam yang dalam keadaan sedar dan mampu untuk memaklumka­n orang lain mengenai kebakaran atau kemalangan lain, anggota lembaga NTSB Jennifer Homendy memberitah­u Los Angeles Times.

Laporan awal menyatakan salah seorang anggota kru sempat memberikan amaran selepas terkejut akibat bunyi bising sekitar jam 3.15 padi dan melihat kebakaran.

“Ketika anggota kru terjaga, kapten kapal telah membuat panggilan kecemasan melalui radio kepada Pengawal Pantai,” menurut laporan.

Ia menambah bahawa lima anggota kru kemudian bergegas untuk cuba menghampir­i 33 penumpang dan seorang rakan kru yang tidur di dek bawah namun terjun dari bot selepas gagal membuka tingkap serta diselubung­i oleh asap tebal.

Dua anggota kru dan kapten kemudian berenang ke bahagian buritan dan menaiki semula bot namun gagal mengesan 34 mangsa tersebut.

Kebakaran menjadi sangat teruk di mana anggota bomba tidak dapat menaiki bot yang karam semasa mereka cuba untuk memadamkan api.

Bot itu dalam satu lawatan menyelam selama tiga hari di sekitar Channel Islands, di luar pantai Santa Barbara di selatan California.

Kebakaran berlaku pada hari terakhir lawatan, ketika bot itu berlabuh di luar Santa Cruz Island.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan temu bual awal dengan beberapa anggota kru mendedahka­n tiada isu mekanikal atau elektrik di dalam bot itu, menurut laporan NTSB.

Ia menyatakan operasi sedang dilakukan bagi mendapatka­n semula bangkai bot untuk pemeriksaa­n dan siasatan akan memberi tumpuan kepada peraturan bagi bot sebegini termasuk sistem amaran, laluan pemindahan dan latihan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia