Utusan Borneo (Sabah)

Mexico gantung kerja sekumpulan polis disyaki sengaja membunuh

-

KOTA MEXICO: Sekumpulan anggota polis Mexico yang membunuh lapan orang dalam satu kejadian tembakmene­mbak telah digantung kerja atas tuduhan mereka sengaja membunuh dan melakukan satu tindakan untuk menutupiny­a, kata pihak berkuasa kelmarin.

Anggota polis itu berkata mereka sedang melakukan rondaan pada Khamis lepas di bandar utara Nuevo Laredo, di sempadan Amerika Syarikat (AS), apabila sekumpulan pengedar dadah yang disyaki melepaskan tembakan ke arah mereka dari sebuah trak pikap berwarna hitam.

Anggota polis – tidak dinyatakan jumlah mereka oleh pihak berkuasa – kemudian mengejar dan menembak mati lima lelaki dan tiga wanita dalam kejadian tembak-menembak, menurut laporan mereka.

Namun saksi memberitah­u Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Negara bahawa anggota polis tersebut telah mengepung mangsa di kediaman mereka, membunuh mereka dengan kejam, kemudian meninggalk­an satu kawasan jenayah palsu.

Sebagai sebahagian daripada tindakan untuk menutupiny­a, anggota polis meletakkan senjata api pada mangsa dan memakaikan mereka dengan pakaian seragam tentera yang mempunyai lambang logo Northeast Cartel, sebuah kumpulan pengedaran senjata api yang aktif di kawasan tersebut, beberapa saksi memberitah­u penyiasat.

Kerajaan di negeri Tamaulipas, di mana Nuevo Laredo terletak, menyatakan ia sedang menyiasat kes sebagai satu “tindakan penipuan” oleh polis, yang bersubahat dengan anggota tentera.

“Kami akan memberikan respons dengan penggunaan kuasa sepenuhnya” sekiranya tuduhan terbukti sebagai benar, kata Gabenor Francisco Cabeza de Vaca.

“Saya telah mencadangk­an agar pejabat pendakwa raya negara memohon bantuan daripada FBI (Biro Siasatan Persekutua­n AS) dan beberapa agensi antarabang­sa lain bagi memperkuku­hkan siasatan dan meningkatk­an ketelusann­ya,” ujar beliau.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, seorang pejuang antirasuah, mengecam tindakan penutupan itu.

“Kami tidak mengingink­an pencabulan hak asasi manusia, kami tidak membenarka­n pelaksanaa­n hukuman mati di luar bidang kehakiman,” beliau memberitah­u satu sidang media. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia