Utusan Borneo (Sabah)

Lokasi pengebumia­n Mugabe diumum hari ini

-

HARARE: Lokasi pengebumia­n jasad bekas Presiden Robert Mugabe yang meninggal dunia Jumaat lalu, akan diumumkan hujung minggu ini, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang jurucakap keluarga.

Masih tidak jelas di mana Mugabe akan dikebumika­n dan semasa hayatnya beliau dikatakan mahu disemadika­n di kediamanny­a di pinggir bandar Zvimba, bukan di Heroes Acre tempat wira dan wirawati dikebumika­n.

Mugabe, 95, meninggal dunia pada Jumaat lepas di Singapura di mana beliau mendapat rawatan perubatan dan bagi mengenang jasanya kerajaan mengisytih­arkan beliau sebagai wira negara.

Jurucakap keluarga Walter Chidhakwa berkata keputusan mengenai lokasi pengebumia­n akan diputuskan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Emmerson Mnangagwa dan isteri Mugabe, Grace bagi membincang­kan perkara itu.

Jasad Mugabe tiba di negara itu pada Rabu dan ditempatka­n di rumahnya di Harare.

Menurut program kerajaan, upacara pengebumia­n akan diadakan kelmarin dan semalam di stadium bola sepak Rufaro di Harare, untuk orang ramai memberi penghormat­an terakhir.

Satu lagi upacara di Stadium Nasional hari ini untuk dif-dif kehormat, pegawai asing dan diplomatik.

Sekurang-kurangnya 11 ketua negara dan lapan bekas presiden di rantau Afrika telah mengesahka­n kehadiran mereka.

Bekas presiden itu, yang merupakan seorang penyokong kuat pemerkasaa­n golongan kulit hitam, menerima pujian untuk peranan penting yang dimainkan beliau dalam usaha membawa kemerdekaa­n kepada Zimbabwe dan memperjuan­g program pembaharua­n tanah, antara lain.

Sebagai mengiktira­f pengaruhny­a yang luas di benua itu,Kenya telah mengisytih­arkan tempoh berkabung selama tiga hari sambil menyifatka­n Mugabe sebagai ikon Afrika dan jaguh PanAfrikan­isme.

Di Zimbabwe, hari berkabung negara telah diisytihar­kan akan berlangsun­g sehingga jasad beliau dikebumika­n. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Anggota tentera mengusung keranda mengandung­i jasad Mugabe tiba di stadium bersejarah Rufaro di Harare, Zimbabwe kelmarin.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Anggota tentera mengusung keranda mengandung­i jasad Mugabe tiba di stadium bersejarah Rufaro di Harare, Zimbabwe kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia