Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Raya Boulevard anjur hari keluarga Ahad ini

-

MIRI: Bersepena dengan sambutan ulang tahun ke19, Pasar Raya Boulevard dengan akan menganjurk­an hari keluarga pada Ahad ini, (15 September) di ruang legar (tingkat 3) kompleks beli-belah Boulevard dari jam 9:30 pagi hingga 1:30 petang.

Hari keluarga ini eksklusif kepada semua ahli kad Pasar Raya Boulevard yang menyediaka­n hadiah percuma, permainan yang menyeronok­kan dan harga istimewa khas untuk para ahli.

“Tahun ini kita meraikan ulang tahun ke-19 dan menganjurk­an hari keluarga ini sebagai penghargaa­n kepada para ahli Pasar Raya Boulevard atas sokongan mereka selama ini,” kata pengurus operasinya Tok Chin Huat pada sidang akhbar semalam.

Beliau menyatakan pada hari itu, 300 ahli pertama yang mendaftark­an diri di kaunter pendaftara­n akan diberikan hadiah eksklusif, mereka perlu membawa kad ahli untuk menuntut hadiah berkenaan.

Setiap hadiah termasuk dua kupon permainan percuma serta produk makanan. Bagi kupon permainan, ia boleh digunakan untuk menyertai tujuh permainan menyeronok­kan yang disediakan khas untuk mereka.

Di samping itu, akan ada juga penampilan maskotmask­ot comel pada jam 10:30 pagi dan 12:30 tengah hari yang mengkehend­aki para pengunjung mengambil gambar bersama-sama.

Acara kemuncak hari keluarga tersebut ialah cabutan bertuah yang akan berlangsun­g pada jam 1:15 petang. Setiap ahli hanya perlu membelanja­kan sekurangku­rangnya RM19 di geraigerai acara untuk mengambil bahagian.

Selain itu, ahli-ahli kad berpeluang menikmati sampel makanan percuma. Terdapat banyak jenama yang mengambil bahagian di gerai-gerai acara, termasuk: Julie’s, Indocafe, Wise, Gold Choice, Old Town Coffee, Shun Shen Lee Beras Wangi, Indomie, Ayam Brand, Glico, Somersby Apple Cider, Three Legs Cooling Water, Fab, Follow Me dan Safi.

Semua jenama di atas menawarkan harga ahli yang sangat istimewa kepada ahli kad Boulevard. Mereka boleh mendapatka­n maklumat lanjut di iklan akhbar pada 15 September 2019 untuk mengetahui promosi dan tawaran istimewa pada hari tersebut.

 ??  ?? DATANGLAH: Kakitangan Pasar Raya Boulevard ceria bergambar berkumpula­n dengan hadiah-hadiah yang disediakan untuk dimenangi pada hari keluarga Ahad ini.
DATANGLAH: Kakitangan Pasar Raya Boulevard ceria bergambar berkumpula­n dengan hadiah-hadiah yang disediakan untuk dimenangi pada hari keluarga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia