Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo bawa momentum kemenangan ke Serie A Itali

Penampilan Sarri selaku pengurus Juventus turut dinanti-nantikan selepas mengalami masalah kesihatan pada awal musim

-

MILAN: Cristiano Ronaldo kembali beraksi dalam liga Itali selepas diamenjari­ngkan empat gol untuk Portugal apabila Juventus bertandang ke Fiorentina pada malam ini (Sabtu) yang turut didorong oleh penampilan sulung jurulatih Sarri yang amat dinanti-nantikan di atas bangku selepas mengalami keradangan paruparu. Bekas jurulatih Chelsea itu tidak bekerja untuk dua perlawanan liga pertamanya bersama juara Serie A itu menentang Parma dan kelab lamanya Napoli. Namun pengurus berusia 60 tahun itu akan duduk di atas bangku pengurus buat pertama kali pada malam ini apabila Juventus cuba mencatatka­n tiga kemenangan pada musim ini sebelum perlawanan pembukaan Liga JuaraJuara mereka di Atletico Madrid pada pertengaha­n minggu depan.

Empat gol Ronaldo dalam kemenangan Portugal bagi kelayakan Eropah ke atas Lithuania pada minggu ini sudah memadai untuk menakutkan penyokong Fiorentina.

Pemain berusia 34 tahun itu memintas Robbie Keane dari Ireland sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam perlawanan kelayakan Euro, dengan 25 gol, dan pasti mahu mengagumka­n seterusnya dengan pemenang Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA yang akan diumumkan di Milan pada 23 September.

Ronaldo akan mengetuai serangan Juventus bersama Douglas Costa dan Gonzalo Higuain, pemain Argentina yang juga sedang bermain cemerlang selepas dia kembali ke Turin sebagai dia bermain sebagai pemain pinjaman di Chelsea.

“Saya kembali bersama pasukan yang sama dengan Cris (Ronaldo) selepas beberapa tahun dan dia malah lebih kuat, lebih lengkap dan bercita-cita tinggi. Saya gembira untuk bermain bersamanya sekali lagi,” kata Higuain, yang bermain bersama Ronaldo di Real Madrid, kelmarin.

Fiorentina juga sudah menukar pemilik dan jurulatih dengan bekas pengurus AC Milan dan Sevilla, Vincenzo Montella, yang menyaksika­n dua kekalahan dalam dua perlawanan selepas dia kembali ke kelabnya.

“Cerita hebat lahir daripada cabaran yang mustahil,” kata Montella, pengurus pasukan yang kali terakhir menewaskan musuh ketat mereka pada Januari 2017.

Permusuhan mereka diburukkan lagi selepas Juventus memenangi kejuaraan kelapan mereka berturut-turut dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Tuscan itu pada April lalu.

“Saya mahu memulakan lembaran baharu dalam sejarah Fiorentina dengan melakukan sesuatu yang istimewa dalam perlawanan menentang pasukan Sarri,” kata Montella kepada akhbar Gazzetta Dello Sport.

Dan Montella percaya pemain baharu dari Perancis Franck Ribery dapat memberi kelebihan kepada pasukan.

“Franck bermain dalam perlawanan persahabat­an menentang Perugia seakanakan dia bermain dalam final Liga Juara-Juara,” katanya.

“Dia adalah berbeza, sama seperti Ronaldo adalah berbeza. Kita bercakap mengenai bintang yang bermain dengan cemerlang menerusi pengorbana­n. Mereka adalah contoh yang amat baik bagi semua orang.”

“Ia pasti susah, sangat susah, tetapi kami yakin kita akan melihat pasukan baharu Fiorentina yang hebat,” kata pemilik baharu berbangsa Amerika-Itali, Rocco Commisso, yang mahu membina sebuah pasukan yang dapat menambah kepada kejuaraan Serie A mereka pada 1956 dan 1969.

Napoli bimbingan Carlo Ancelotti, yang menduduki bahagian tengah liga, perlu bangkit selepas jaringan sendiri Kalidou Koulibaly memberikan kemenangan 4-3 kepada Juventus di Turin pada hujung minggu lepas.

Namun mereka bermain dalam perlawanan pertama mereka di tempat sendiri pada musim ini menentang Sampdoria dengan keraguan mengenai sama ada stadium San Paolo mereka akan siap atau tidak sebelum itu.

KelabSerie­Aitumengda­kan dua perlawanan pembukaan liga mereka di tempat lawan, di Fiorentina dan Juventus, kerana stadium tersebut sedang dibina semula.

Ancelotti berkata dia “berang” selepas dia melihat keadaan bilik persalinan pada pertengaha­n minggu menjelang perlawanan pembukaan mereka dalam Liga JuaraJuara menentang Liverpool pada Selasa depan.

Inter Milan menyambut Udinese ke San Siro juga dengan matlamat menambah mata maksimum dengan pasukan Antonio Conte di depan Juventus dan Torino berdasarka­n kelebihan gol.

Pemain bintang baharu Inter, Romelu Lukaku, pasti mahu menjaringk­an gol dalam perlawanan ketiga berturut-turut seminggu selepas hinaan kaum terhadap pemain Belgium itu mencemari kemenangan 2-1 mereka di Cagliari.

Inter juga bermain dalam Liga Juara-Juara menentang Slavia Prague di San Siro pada Selasa depan dan perlu mengelak kekalahan kepada Udinese yang mengejutka­n AC Milan 1-0 dalam perlawanan pembukaan musim mereka.

Torino melayan kunjungan Lecce, selepas turut memenangi dua perlawanan pertama mereka, manakala Atalanta pergi ke Genoa sebelum mereka bertandang ke Dinamo Zagreb untuk perlawanan Liga Juara-Juara pertama mereka dalam sejarah pada minggu depan. — AFP

Saya kembali bersama pasukan yang sama dengan Cris (Ronaldo) selepas beberapa tahun dan dia malah lebih kuat, lebih lengkap dan bercita-cita tinggi. Saya gembira untuk bermain bersamanya sekali lagi. Gonzalo Higuain Pemain Juventus

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ?? SARRI
SARRI
 ??  ?? HIGUAIN
HIGUAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia