Utusan Borneo (Sabah)

Valencia dalam krisis ekoran pemecatan Marcelino

-

MADRID: Valencia sepatutnya mengalu-alukan dua perlawanan yang berprestij menentang Barcelona dalam La Liga dan Chelsea dalam Liga Juara-Juara, sebaliknya mereka mendapati diri dalam krisis besar ekoran pemecatan jurulatih Marcelino Garcia Toral.

Marcelino dipecat pada Rabu lepas dan digantikan oleh bekas pemain tengah Barcelona, Real Madrid dan Sepanyol Albert Celades, yang berdepan dengan pembaptisa­n yang sukar di Camp Nou pada malam ini (Sabtu).

Pemecatan Marcelino, 54 tahun, oleh pemilik Valencia dari Singapura, Peter Lim, mendedahka­n pergeseran di kelab yang telah dihidupkan oleh jurulatih tersebut sejak pelantikan­nya pada 2017.

Bekas naib juara Liga JuaraJuara sebanyak dua kali itu baharu sahaja menamatkan dua musim berturut-turut dalam kelompok empat teratas La Liga dan pada musim lepas menewaskan Barcelona dalam final Copa del Rey untuk menjulang piala pertama mereka dalam tempoh 11 tahun.

Bagaimanap­un, Marcelino, bekas pengurus Sevilla dan Villarreal, mengkritik dasar perpindaha­n kelab pada musim percutian, termasuk cubaan untuk menjual penyerang Sepanyol Rodrigo Moreno kepada Atletico Madrid.

Rodrigo akhirnya kekal, sama seperti Marcelino, untuk tiga perlawanan pembukaan kempen sekarang.

Namun selepas mengutip empat mata daripada maksimum sembilan mata, termasuk kemenangan 2-0 ke atas Mallorca sebelum waktu rehat antarabang­sa baru-baru ini, jurulatih itu telah dipecat ketika pasukan itu bersiap sedia untuk dua perlawanan terbesar mereka pada musim ini.

“Saya pasti anda akan berjaya di mana sahaja anda pergi dan di mana saya mereka membenarka­n anda bekerja,” kata kapten Dani Parejo dalam satu tulisan Twitter yang sangat tajam.

Maka itu, Celades, 43 tahun, yang menjadi penolong jurulatih di Real Madrid pada musim lepas, dijangka akan memasuki persekitar­an yang berpotensi tidak menyukainy­a. “Valencia umpama lembu jantan, sebuah kelab yang amat besar,” katanya.

“Saya tidak takut. Saya tahu tuntutan begitu besar sekali dan saya memahami kebimbanga­n. Saya tidak ada banyak pengalaman dalam pengurusan kelab.”

Selepas perlawanan pada malam ini, Valencia bertandang ke London untuk menentang Chelsea dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan H Liga Juara-Juara, di mana mereka juga akan menentang Ajax dan Lille.

Dalam perlawanan terakhir Real Madrid sebelum mereka memulakan kempen dalam Liga Juara-Juara di tempat lawan menentang Paris Saint-Germain, pasukan Zinedine Zidane melayan kunjungan Levante pada malam ini.

Mereka akan bermain tanpa Gareth Bale, yang digantung perlawanan selepas dibuang dari padang dalam perlawanan terakhir Real menentang Villarreal.

Pemenang Ballon d'Or, Luka Modric, juga bergelit dengan kecederaan pangkal paha, tetapi berita baik ialah Eden Hazard dapat akhirnya membuat penampilan kompetitif sulungnya. — AFP

 ??  ?? MARCELINO
MARCELINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia