Utusan Borneo (Sabah)

Chepkoech dapat tempat di kejohanan dunia di Doha

-

NAIROBI: Pemegang rekod dunia dalam acara 3,000 meter berhalanga­n Beatrice Chepkoech mendapat tempat di kejohanan dunia di Doha dengan kemenangan sulungnya dalam acara tersebut di tanah air sendiri di kejohanan kelayakan Kenya kelmarin.

Atlet berusia 28 tahun itu, yang membuat peralihan kepada acara lari berhalanga­n tiga tahun lalu, sudah memenangi lima perlumbaan Liga Berlian pada musim ini dan berjaya mempertaha­nkan kejuaraan terbaik dunianya di Zurich pada 29 Ogos lalu.

Chepkoech mencatatka­n masa sederhana 9:45:15 di kejohanan kelayakan di Nairobi, di depan juara dunia 2015 Hyvin Kiyeng (9:45.20) dan Celliphine Chespol dalam masa 9:45.25.

Tiga atlet tersebut, yang akan cuba di Doha untuk merampas kejuaraan dunia daripada juara bertahan Amerika, Emma Coburn, melintasi garisan bersama-sama untuk menunjukka­n perpaduan.

Namun bagi Chepkoech, kemenangan itu ada makna peribadi – ia merupakan kemenangan pertamanya dalam acara 3000 meter berhalanga­n di negara asalnya Kenya sejak dia beralih daripada perlumbaan jalanan kepada acara lari berhalanga­n pada 2016.

“Ia telah memberikan saya satu perasaan yang hebat, memenangi perlumbaan pertama saya di Kenya,” katanya.

Di kejohanan dunia terakhir di London pada 2017, Chepkoech yang mentah menduduki tempat keempat, seterusnya gagal memenangi pingat.

Namun sejak itu dia telah mendominas­i padang.

Pada Julai lalu, di satu kejohanan Liga Berlian di California, Chepkoech memenangi perlumbaan jauh di hadapan pelari lain dengan catatan masa 8 minit 55.58 saat – masa kelima terpantas dalam sejarah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEMPAH TIKET: Chepkoech (kanan) ketika beraksi dalam acara 3,000 meter berhalanga­n pada kejohanan kelayakan Kenya di Stadium Kebangsaan Nyayo di Nairobi.
— Gambar AFP TEMPAH TIKET: Chepkoech (kanan) ketika beraksi dalam acara 3,000 meter berhalanga­n pada kejohanan kelayakan Kenya di Stadium Kebangsaan Nyayo di Nairobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia