Utusan Borneo (Sabah)

Neymar akur destinasin­ya masih di Ligue 1

-

PARIS: Memandangk­an drama mengenai usahanya untuk kembali ke Barcelona kini sudah berakhir, Neymar dapat kembali beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG) pada hujung minggu ini.

Pemain paling mahal di dunia terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan bermain untuk musim ketiga dalam Ligue 1 selepas PSG dan kelab lamanya gagal untuk menyetujui terma berhubung perpindaha­n sebelum jendela perpindaha­n ditutup pada 2 September lalu.

Sejak itu Neymar telah menggalas tugas antarabang­sa bersama Brazil dalam dua perlawanan persahabat­an di Amerika Syarikat, menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi dalam keputusan seri 2-2 dengan Colombia dan kemudian dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kekalahan 1-0 kepada Peru.

Itu merupakan penampilan pertamanya pada musim ini selepas pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan untuk empat perlawanan pembukaan liga bagi PSG di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu mengenai masa depannya.

Jika dia diluluskan cergas setelah perjalanan yang jauh dari seberang Lautan Atlantik, jurulatih Thomas Tuchel mungkin akan membuat keputusan untuk memilih Neymar dalam perlawanan pada malam ini (Sabtu) menentang Strasbourg, pasukan yang ditentangn­ya ketika dia mengalami keretakan kaki dalam satu perlawnan piala pada Januari lalu.

PSG sudah pun bermain tanpa Kylian Mbappe, yang mengalami kecederaan hamstring, ketika mereka bersiap sedia untuk memulakan kempen dalam Liga JuaraJuara di halaman sendiri menentang Real Madrid pada minggu depan.

Edinson Cavani juga sedang bergelut dengan kecergasan.

Penyerang Argentina Mauro Icardi dapat bermain selepas dia tiba dari Inter, tetapi Tuchel mungkin memilih untuk menurunkan Neymar, walaupun pemain Brazil itu digantung bagi perlawanan menentang Real dan dijangka tidak akan menerima sambutan mesra daripada penyokong yang tidak gembira dengan usahanya untuk pindah dari kelab itu.

“Dia tahu dia telah membuat kesilapan, tetapi dia tidak ada niat buruk,” kata rakan sekelab dan antarabang­sa Thiago Silva.

“Dia adalah seorang budak yang menakjubka­n. Saya harap dia menikmati musim yang hebat.”

Malah Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo turut menggesa Neymar untuk merendahka­n hati dan membantu PSG berjaya akhirnya di Eropah.

“Kami mengubah Menara Eiffel kepada merah dan putih untuknya, dalam warna PSG,” katanya kepada majalah Tele Loisirs. — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia