Utusan Borneo (Sabah)

Telur rebus, kacang, kochung menu nostalgia kereta api wap

-

PENGEMBARA­AN menaiki kereta api tidaklah rasa membosanka­n jika ditemani keluarga dan rakan karib, apatah lagi sepanjang perjalanan kira-kira 90km dari Tanjung Aru ke Beaufort dihidangka­n dengan pemandanga­n yang indah dan lagu-lagu ceria dendangan artis PENTARAMA.

Lebih manis lagi apabila 120 peserta program Nostalgia Kembara Merdeka Berkeretap­i dibekalkan dengan telur rebus, kacang goreng dan kuih kochung agar dapat mengimbau kembali kenangan menikmati makanan ringan untuk mengalas perut ketika menaiki kereta api suatu ketika dahulu.

Program Nostalgia Kembara Merdeka itu merupakan anjuran Persatuan Pesara Jabatan Penerangan Sabah, Kelab Anggota Jabatan Penerangan Sabah (KAPSA) serta Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah yang turut mendapat tajaan dan sumbangan daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Awang Sahari, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan ADUN Membakut Datuk Mohd Ariffin Arif.

Menurut wakil Persatuan Pesara JAPEN, Ahmad Mahmood, idea untuk mengadakan program itu adalah apabila dia terjumpa sekeping gambar yang dirakam pada tahun 1981 ketika ditugaskan menulis artikel berhubung penamatan perkhidmat­an kereta api wap dari Tanjung Aru ke Beaufort.

“Idea itu saya kongsi bersama-sama rakan seangkatan yang merupakan mantan anggota JAPEN.

“Ramai yang bersetuju dan ada yang mencadangk­an agar program ini perjalanan­nya diteruskan hingga ke Tenom tapi saya minta mereka tunggu kelulusan penubuhan Persatuan Pesara JAPEN agar kami dapat menganjurk­annya bersama.

“Alhamdulil­lah, pada Julai lepas saya telah kemukakan cadangan ini kepada Timbalan Pengarah JAPEN Sabah Yunus Saprin dan beliau bersetuju untuk bersama-sama dengan Persatuan Pesara JAPEN membantu menyelaras program Nostalgia Kembara Merdeka Berkeretap­i yang julung kali diadakan.

“Ini merupakan sumbangan kami iaitu idea pertama bagi jabatan yang bertujuan menanamkan semangat patriotik untuk mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Selain itu, kami juga ingin melakukan jejak kasih dalam kalangan pesara yang ada dalam kawasan-kawasan yang akan kami lalui seperti di Papar, Bongawan dan Beaufort di mana kami juga dapat bertemu kembali dan mengenang masa silam kami semasa era 60-an hingga lewat 90-an,” ujar Ahmad.

Menerusi pengalaman lalu beliau, selain menggunaka­n perkhidmat­an kereta api ke sekolah, dia dan keluarga turut menggunaka­nnya untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Apa yang lucu, ketika itu kita tidak boleh menjenguk keluar tingkap kerana kereta api wap mengeluark­an bara api kecil dan jika terkena baju tanpa kita sedar baju kita akan terbakar dan berlubang.

“Oleh itu, saya membawa kembali nostalgia ke era milenium ini bahawa perkhidmat­an kereta api harus diberikan tumpuan dan diberikan publisiti yang meluas kerana ia merupakan satu perkhidmat­an awam yang murah, selesa dan selamat.

“Kita juga ingin menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk mengalami pengalaman menaiki kereta api.

“Kerajaan negeri pada masa kini mencadangk­an bahawa pembinaan landasan kereta api akan cuba dibina ke Kudat dan Tawau melalui Pedalaman Bawah dan itu satu usaha yang bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) Leonard Stephen Poyong berkata, program itu merupakan salah satu pengisian yang amat baik untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Program yang diatur ini merupakan satu jajaran dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort yang secara tidak langsung akan melibatkan masyarakat yang berada di kiri kanan laluan jajaran kereta api ini.

“Ini umpama satu promosi juga untuk JKNS dan dengan itu saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada JAPEN Sabah kerana telah melibatkan kami untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini, ia memberikan peluang kepada JKNS untuk memberitah­u kepada masyarakat umum bahawa JKNS ini masih relevan dan masih menawarkan perkhidmat­annya.

“Program ini juga kita jadikan platform untuk memberitah­u dan menguar-uarkan bahawa kita akan cuba membuat pembaharua­n dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Kata Leonard, dahulu perkhidmat­an kereta api itu dibina oleh pihak British semasa era penjajahan dan pada ketika itu, aset serta landasan juga sangat terhad dengan penggunaan enjin wap dan landasan yang agak primitif di mana ia tidak boleh menampung beban atau muatan yang berat.

“Tetapi sekarang kita mempunyai kereta api jenis Diesel Multiple Unit (DMU) serta aset-aset dari Jepun, India, China dan sebagainya manakala jajaran kereta api sekarang akan cuba ditambah.

“Jika sekarang jajaran kita kira-kira sejauh 140km maka kita akan cuba tambah laluan hingga ke Kudat, dan sekarang kita cuba buka kembali jalan dari Tenom ke Melalap serta membuat penambahba­ikan pemodenan laluan dari Tanjung Aru ke Tenom.

“Lebih RM100 juta peruntukan sedang dibelanjak­an masa ini untuk menambah baik aset dan juga landasanla­ndasan kita, yang membuktika­n kami sedang bergerak ke hadapan,” katanya.

Tambahnya, JKNS juga tidak bertoleran­si dengan kemalangan dan mereka sedaya upaya cuba mengelakka­nnya.

“Kita mahu konsisten, kelewatan juga kita mahu kurangkan, kita mahu JKNS yang mesra pelanggan, lebih menyeluruh dan holistik, itulah perubahan sekarang dan dulu.

“Kalau dulu kereta api digunakan oleh pihak British untuk mengangkut hasil kekayaan, tetapi kini ia lebih kepada rakyat.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diulang lagi pada tahun hadapan, tapi mungkin pada masa akan datang kita boleh gunakan kereta api enjin wap yang sedang dibuat penyelengg­araan supaya nampak lebih nostalgia,” ujarnya.

Program kembara itu bermula di Stesen Keretapi Tanjung Aru, dilepaskan oleh Leonard sambil diiringi Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka dan Timbalanny­a Yunus Saprin.

Sepanjang perjalanan, beberapa acara diadakan iaitu kuiz merdeka berkaitan sejarah Sabah dan Keretapi Negeri Sabah, persembaha­n buskers, puppet show, pertanding­an swafoto di samping tazkirah yang disampaika­n Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Sabah Samin Ongki.

Rombongan 120 orang itu kemudian ke Stesen Keretapi Putatan dan disambut serta dilepaskan oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai dan ADUN Dilantik Ronnie Loh.

Kemudian, rombongan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar dan Ahli Parlimen Papar Ahmad Hassan menanti di Stesen Keretapi Papar bersama persembaha­n gambus.

Kumpulan Basikal Tua (Retro) turut tidak melepaskan peluang menanti ketibaan peserta kembara di Stesen Keretapi Membakut dengan berbaris di sepanjang platform bersama basikal antik masing-masing.

Selain itu, kumpulan kulintanga­n oleh penghibur cilik turut menghiburk­an rombongan dan majlis pelepasan disempurna­kan oleh ADUN Membakut Datuk Arifin Arif sebelum sama-sama menyertai rombongan ke destinasi terakhir iaitu Stesen Keretapi Beaufort.

Di stesen itu, rombongan disambut oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun bersama ADUN Lumadan Matbali Musa disusuli dengan majlis perasmian dan Titik Sentuhan Jejak Kasih Pesara JAPEN Sabah sebelum rombongan berpatah balik ke Kota Kinabalu lewat petang hari berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? SEMARAKKAN SEMANGAT: Para peserta melaungkan ‘Merdeka’ sebelum memulakan pengembara­an. PROGRAM MERDEKA: Yunus (dua kiri) bersama para pemimpin ketika gimik perasmian Azizah.
SEMARAKKAN SEMANGAT: Para peserta melaungkan ‘Merdeka’ sebelum memulakan pengembara­an. PROGRAM MERDEKA: Yunus (dua kiri) bersama para pemimpin ketika gimik perasmian Azizah.
 ??  ?? PENGALAS PERUT: Ahmad Hasan (tiga kanan) mengedarka­n makanan ringan telur rebus, kacang dan kochung kepada Yunus (dua kanan).
PENGALAS PERUT: Ahmad Hasan (tiga kanan) mengedarka­n makanan ringan telur rebus, kacang dan kochung kepada Yunus (dua kanan).
 ??  ?? IMBAU KEMBALI: Telur rebus, kacang dan kochung yang dibekalkan kepada peserta kembara bagi mengimbau menu nostalgia.
IMBAU KEMBALI: Telur rebus, kacang dan kochung yang dibekalkan kepada peserta kembara bagi mengimbau menu nostalgia.
 ??  ?? TERHIBUR: Suasana ceria di dalam kereta api apabila peserta terhibur dengan nyanyian artis PENTARAMA.
TERHIBUR: Suasana ceria di dalam kereta api apabila peserta terhibur dengan nyanyian artis PENTARAMA.
 ??  ?? HIBURAN: Artis PENTARAMA yang menghiburk­an peserta sepanjang perjalanan dari Tanjung Aru ke Beaufort.
HIBURAN: Artis PENTARAMA yang menghiburk­an peserta sepanjang perjalanan dari Tanjung Aru ke Beaufort.
 ??  ?? SERIBU KENANGAN: Kereta api yang banyak menyimpan nostalgia kepada para pesara.
SERIBU KENANGAN: Kereta api yang banyak menyimpan nostalgia kepada para pesara.
 ??  ?? TANDA KENANGAN: Norzawiyah (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Leonard (kanan).
TANDA KENANGAN: Norzawiyah (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Leonard (kanan).
 ??  ?? UJI MINDA: Kuiz Merdeka yang dikelolaka­n oleh Ahmad antara aktiviti yang diatur sepanjang perjalanan.
UJI MINDA: Kuiz Merdeka yang dikelolaka­n oleh Ahmad antara aktiviti yang diatur sepanjang perjalanan.
 ??  ?? BERTOLAK: Awang Husaini dan Uda memegang bendera bersedia untuk pelepasan di Stesen Keretapi Putatan.
BERTOLAK: Awang Husaini dan Uda memegang bendera bersedia untuk pelepasan di Stesen Keretapi Putatan.
 ??  ?? SOKONGAN: Aidi (duduk, tengah) hadir bagi menunjukka­n sokongan padu kepada peserta kembara.
SOKONGAN: Aidi (duduk, tengah) hadir bagi menunjukka­n sokongan padu kepada peserta kembara.
 ??  ?? MULAKAN PERJALANAN: Ariffin melakukan pelepasan dari Stesen Keretapi Beaufort.
MULAKAN PERJALANAN: Ariffin melakukan pelepasan dari Stesen Keretapi Beaufort.
 ??  ?? PENGANJUR: Ahmad (depan, kiri) bersama beberapa pesara JAPEN.
PENGANJUR: Ahmad (depan, kiri) bersama beberapa pesara JAPEN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia