Utusan Borneo (Sabah)

Gabungan pendaki lapor polis

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Gabungan pendaki tempatan di daerah ini kesal dengan tindakan segelintir individu yang mencuri dan melakukan vandalisme terhadap kemudahan awam yang disediakan di Taman Rekreasi Elopura.

Terletak berhampira­n kawasan perumahan di Batu 1 Setengah, taman itu yang biasa dipanggil sebagai Bukit Sim-Sim adalah antara lokasi mendaki pilihan bagi pendaki di sekitar Sandakan mahupun dari luar daerah.

Berikutan masalah itu, gabungan pendaki Sandakan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan pada petang Khamis.

Wakilnya, Alfred Golimas berkata, antara kerosakan yang berlaku termasuk tali penghadang di tepi bukit yang telah diputuskan serta zink pondok yang telah diumpil.

Selain itu, pihaknya mendapati 12 biji skru, sembilan keping papan belian, tiga keping kayu beruti belian dan sekeping pancuran telah hilang dipercayai dicuri.

“Saya sendiri bersama kawan telah meninjau sekitar Bukit Sim-Sim semalam dan mendapati ada kepingan papan yang pada asalnya adalah bangku, telah dibuka dan disorokkan di satu kawasan.

“Kami kemudian angkat kayu itu dan simpan di satu kawasan lain dengan tujuan supaya ada pihak lain atau mungkin para pendaki bekerjasam­a untuk memasang

Gabungan pendaki membuat laporan polis berhubung perbuatan vandalisme dan curi harta awam di Bukit Sim-Sim.

semula kayu berkenaan secara bergotong-royong,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Bandar Sandakan semalam.

Alfred berkata, sebagai gabungan pendaki dan juga pencinta alam, mereka sangat terkesan dengan kejadian seumpama.

Dan, mereka tampil membuat laporan polis bagi membolehka­n tindakan lanjut diambil berhubung masalah berkenaan.

“Selain vandalisme dan curi harta awam, kami juga sangat prihatin terhadap isu kebersihan apabila beriadah. Sepanjang mendaki bukit, kami akan kumpul sampah dan bawa ke tempat yang lebih sesuai.

“Di Sandakan, ada beberapa tempat yang menjadi tumpuan pendaki dalam dan luar daerah seperti

Antara kerosakan yang dilaporkan berlaku pada pondok awam di puncak Bukit Sim-Sim.

Pulau Berhala, Bukit IOI, Bukit POIC, Bukit Leila dan Mont Walker.

“Setakat ini, Bukit SimSim yang agak bermasalah. Di bukit lain kebanyakan­nya berdepan masalah ukirmenguk­ir oleh segelintir pendaki yang tidak faham konsep menjaga, memulihara dan menyayangi alam sekitar. Kita harap para pendaki akan lebih prihatin terhadap perbuatan ini yang hanya akan merosakkan kualiti alam sekitar.

 ??  ?? LAPORAN:
LAPORAN:
 ??  ?? ROSAK:
ROSAK:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia