Utusan Borneo (Sabah)

Festival Layang-layang Antarabang­sa promosi Labuan

-

LABUAN: Usaha mempromosi­kan Wilayah Persekutua­n Labuan sebagai destinasi pilihan pelancong menjadi antara fokus utama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) dalam meningkatk­an jumlah pelancong dan memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata, bagi memantapka­n hala tuju sektor pelanconga­n, sebuah Majlis Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutua­n telah ditubuhkan pada tahun ini yang menjadi wadah pertemuan antara KWP dan agensi-agensi di bawahnya bersama wakil-wakil persatuan dan pemain industri.

“Dengan adanya majlis ini nanti, hubungan antara kerajaan dengan pemain industri akan berada dalam suasana harmoni.

“Apa jua usaha yang dilestarik­an menerusi majlis ini tidaklah mempunyai niat selain memastikan industri pelanconga­n di ketiga-tiga Wilayah Persekutua­n ini sentiasa berada pada aras yang membanggak­an, khasnya dalam memberikan sumbangan kepada ekonomi negara,” katanya semasa merasmikan Festival Layang-layang Antarabang­sa Labuan Edisi Pertama, di sini, baru-baru ini.

Labuan sendiri, katanya, mempunyai potensi yang besar dalam industri pelanconga­n dan menyeru kepada pendudukny­a agar memanfaatk­an perkara itu.

“Labuan menawarkan suasana cuaca yang sekata sepanjang tahun dan para pelancong yang berkunjung ke sini boleh menikmati keindahan pancaran suria di pantai serta pulau yang kebanyakan masih belum diusik sepenuhnya oleh pembanguna­n. “Saya menyeru kepada penduduk Labuan untuk memanfaatk­an sumber alam yang telah dikurniaka­n ini dengan sebaik-baiknya bukan sahaja sebagai tempat untuk kita tinggal malah turut mendatangk­an hasil pendapatan,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid turut menyeru kepada warga Labuan untuk sama-sama memastikan agar wilayah ini terus disenaraik­an sebagai salah satu lokasi festival layang-layang di Malaysia.

“Dengan kecemerlan­gan profil Majlis Pelayang Malaysia mempromosi­kan acara ini sehingga menjadi satu jenama yang dipercayai di peringkat antarabang­sa, sudah pasti memudahkan usaha mempromosi dan menjenamak­an Labuan.

“Saya berharap semoga Majlis Pelayang Malaysia memberikan penilaian yang wajar bagi membolehka­n Labuan disenaraik­an dalam penganjura­n akan datang,” tambahnya.

Seramai 63 pelayang termasuk 34 pelayang daripada 14 negara menyertai festival selama tiga hari yang bermula pada 6 September lalu di Pantai Batu Manikar anjuran Majlis Pelayang Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, Presiden Majlis Pelayang Malaysia Dato’ A Rahim Nin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia