Utusan Borneo (Sabah)

RM17,666,600 telah dikeluarka­n

Jumlah waran pembayaran elaun MPKK di Sabah sejak April lalu

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah telah mengeluark­an waran pembayaran sebanyak RM17,666,000 untuk elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini, sejak April lalu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, waran pembayaran itu telah pun disalurkan kepada 22 pejabat daerah, lapan pejabat daerah kecil serta Majlis Perbandara­n Sandakan, Majlis Perbandara­n Tawau dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau berkata, waran pembayaran elaun itu disalurkan kepada pejabat-pejabat di daerah berkenaan bermula April lalu, iaitu selepas KPLB Sabah menerima peruntukan pembayaran elaun MPKK bagi enam bulan pertama daripada Kerajaan Persekutua­n pada Mac 2019.

“KPLB Sabah kini sedang menunggu penurunan peruntukan pembayaran elaun MPKK bagi enam bulan kedua daripada Kerajaan Persekutua­n.

“Saya difahamkan pejabatpej­abat di daerah kini sedang memproses pembayaran elaun bulanan MPKK termasuk tunggakan elaun yang belum sempat dibayar sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat pascakabin­et KPLB Sabah di Bilik Mesyuarat KPLB Sabah, di sini semalam.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, sebagai menteri yang bertanggun­gjawab ke atas MPKK, beliau akan mempastika­n penambahba­ikan sistem pembayaran elaun dapat ditingkatk­an agar tidak berlaku tunggakan pembayaran pada masa akan datang.

“Oleh itu, KPLB Sabah dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri (JPKN) Sabah kini sedang membangunk­an aplikasi baharu, sistem pembayaran elaun terus kepada MPKK secara e-banking supaya tidak perlu lagi diproses melalui kaedah manual sistem baucar di pejabat daerah.

“Saya berharap sistem ini dapat digunakan bermula pada tahun 2020. Saya menghargai segala keprihatin­an rakyat terhadap isu ini dan saya berkongsi aspirasi bahawa sistem pelantikan serta pembayaran elaun sememangny­a memerlukan penambahba­ikan,” katanya.

Mengenai isu pelantikan MPKK, Ewon berkata setakat 10 September ini, KPLB Sabah telah pun mengeluark­an watikah pelantikan MPKK kepada 2,388 kampung, iaitu 83.7 peratus daripada keseluruha­n kuota MPKK di seluruh Sabah.

Katanya, watikah pelantikan itu telah pun dikeluarka­n seawal Januari tahun ini.

“Proses pelantikan ini mengambil masa kerana jumlah keahlian MPKK adalah sebanyak 13 orang, berbanding hanya enam ahli JKKK (sebelum dijenamaka­n menjadi MPKK) sebelum ini.

“Selain itu, proses tapisan berasaskan kesemua syarat pelantikan juga perlu dibuat kepada kesemua 13 ahli yang dikemukaka­n kepada pejabat daerah, dan seterusnya KPLB Sabah. Watikah pelantikan yang dikeluarka­n merangkumi kesemua 13 anggota, bukan pengerusi dan setiausaha sahaja,” katanya.

Ewon berkata, antara sebab kelewatan pelantikan MPKK ialah berlaku banyak kes di mana ada ahli yang dicadangka­n melebihi had umur yang ditetapkan iaitu 68 tahun dan ada juga kes di mana terdapat ahli yang dicadangka­n belum mencapai had umur minimum yang ditetapkan iaitu 21 tahun.

“Ada juga kes di mana borang yang dihantar tidak lengkap misalnya, tiada salinan kad pengenalan. Dalam kes sebegini, borang pelantikan terpaksa dikembalik­an semula untuk diisi sehingga syarat-syarat berkenaan dipatuhi,” jelasnya.

Beliau berkata, di peringkat dasar, Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankua­sa khas pelantikan MPKK dan ketua-ketua adat yang dipengerus­ikan oleh pegawai daerah untuk menyelaras pelantikan, termasuk mengambil kira syor-syor yang dikemukaka­n oleh pelbagai pihak.

“Tidak dinafikan ada beberapa daerah yang telah mengambil masa yang agak lama untuk memuktamad­kan syor-syor yang dikemukaka­n.

“Selaku Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, saya mengambil maklum dan tindakan dari semasa ke semasa berhubung isu-isu berkaitan peMPKK dan pembayaran elaun kepada MPKK. Ini merupakan agenda tetap saya setiap kali mempengeru­sikan mesyuarat pascakabin­et di kementeria­n saya,” katanya.

 ??  ?? MESYUARAT: Ewon (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat pascakabin­et KPLB Sabah.
MESYUARAT: Ewon (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat pascakabin­et KPLB Sabah.
 ??  ?? EWON
EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia