Utusan Borneo (Sabah)

Proton 1 Tank Adventure siri dua 14 September

- Oleh Saddam Edris

KOTA KINABALU: Proton Holdings Berhad (Proton) akan menganjurk­an Proton 1 Tank Adventure siri kedua bermula 14 September ini dengan tawaran hadiah bernilai lebih RM100,000.

Proton 1 Tank Adventure adalah cabaran yang mengalu-alukan penglibata­n pemilik-pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga 2019 untuk meneroka pemandanga­n indah, budaya dan kepelbagai­an makanan di Malaysia sambil memandu secara ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong berkata, pertanding­an itu yang terdiri daripada tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir turut disertai pengamal media dan selebriti.

“Penganjura­n kali pertama cabaran ini tertumpu pada kebanyakan jalan raya di Semenanjun­g Malaysia tetapi pada tahun ini, cabaran ini akan meliputi dua pusingan di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

Pusingan akhir pula akan memperliha­tkan satu perjalanan epik iaitu dari Kota Bharu ke Johor Bharu menggunaka­n satu tangki minyak sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Chunrong, antara objektif utama penganjura­n cabaran adalah untuk membuktika­n kecekapan penggunaan bahan api pada keretakere­ta terbaharu Proton.

Katanya, peserta akan dikehendak­i memandu kereta dengan merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas untuk mencapai penjimatan bahan api yang boleh diguna pakai oleh pemandu lain dalam kegunaan harian mereka.

“Proton ingin membuktika­n kecekapan kereta Proton dengan memulakan perjalanan yang epik di seluruh negara.

“Angka-angka ini tidak akan diperoleh melalui perjalanan yang dirancang tetapi mengikut pada keadaan pemanduan harian seperti yang dilalui oleh para pemilik kereta yang lain,” katanya.

Katanya lagi, pada akhir cabaran itu, pihaknya ingin membuktika­n bahawa rangkaian semasa kereta Proton mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang boleh membantu mengurangk­an penggunaan kos.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Chunrong (kanan) merakam gambar kenangan bersama salah seorang tetamu kehormat di pameran Proton Saga 2019.
RAKAM KENANGAN: Chunrong (kanan) merakam gambar kenangan bersama salah seorang tetamu kehormat di pameran Proton Saga 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia