Utusan Borneo (Sabah)

‘Suambi Seni’ SKBK juara tarian Karnival Jom Berkampung

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam (SKBK) telah menyertai sebuah pertanding­an tarian bertemakan Bollywood anjuran Kelab Dewan Usahawan Muda Wilayah Persekutua­n Labuan bersempena Karnival Jom Berkampung Di Medan Selera, baru-baru ini.

Pertanding­an tarian Bollywood yang diadakan di Medan Selera pada jam 8.30 malam itu mendapat sambutan dan kunjungan yang ramai oleh para pengunjung.

SKBK telah menghantar dua kumpulan tarian yang diurus oleh Marsilinah Jul untuk menyertai pertanding­an berkenaan, iaitu ‘Suambi Seni’ dan ‘Suambi Seni Cilik’ yang terdiri daripada pelajar prasekolah.

Kumpulan tarian Suambi Seni berjaya merangkul tempat pertama bagi pertanding­an tarian Bollywood, manakala kumpulan Suambi Seni Cilik di bawah bimbingan Rohani Ahmad menduduki tempat ketiga.

Suambi Seni yang diwakili murid Tahun 5 membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala Suambi Seni Cilik yang dibarisi murid prasekolah meraih RM150 serta sijil.

Guru pembimbing yang juga jurulatih tarian bagi kumpulan tarian Suambi Seni SKBK, Salenda Said menyatakan rasa bangga dengan penari-penari sekolah yang cukup berkeyakin­an dan berjaya mengatasi rasa gemuruh semasa mempersemb­ahkan rutin tarian di hadapan penonton yang sangat ramai pada malam pertanding­an itu.

Katanya, berbekalka­n komitmen latihan yang baik beberapa hari sebelum pertanding­an dijalankan, penari-penari SKBK berjaya mempersemb­ahkan sebuah rutin tarian bollywood yang bertajuk ‘Bole Chudiyan’ dengan baik dan menarik perhatian para penonton.

“Murid-murid ini memaparkan keyakinan yang tinggi seperti diva-diva bollywood sepanjang mempersemb­ahkan tarian.

“Ia juga berkat bantuan dan sokongan yang kuat daripada barisan guru dan ibu bapa yang bekerjasam­a dari segi kostum, solekan dan pengangkut­an,” katanya.

Kumpulan Suambi Senimemper­sembahkan tarian bollywood dengan kostum yang cantik dan persembaha­n yang sangat memuaskan.

Sementara itu, Guru Besar SKBK Rosli Mohd Ali menyifatka­n kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan komitmen murid dan guru serta sokongan padu ibu bapa.

“Tahniah buat murid dan guru serta kerjasama ibu bapa. Kejayaan seperti ini mampu diperolehi lagi menerusi sokongan semua pihak,” katanya.

 ??  ?? SYABAS: Barisan penari ‘Suambi Seni’ dan ‘Suambi Seni Cilik’ bersama guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.
SYABAS: Barisan penari ‘Suambi Seni’ dan ‘Suambi Seni Cilik’ bersama guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia