Utusan Borneo (Sabah)

Jayakan transforma­si

Majlis daerah penuh realisasi impian pembanguna­n Tungku

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian mengajak penghayata­n kemerdekaa­n rakyat untuk bersama kerajaan menjayakan transforma­si Tungku.

Beliau berkata, perkembang­an terkini untuk mendapatka­n status daerah penuh amat mengujakan kerana perubahan itu akan mengubah landskap keseluruha­n pembanguna­n daerah ini.

“Kita tidak mahu lagi Tungku dianggap mundur yang bukan sahaja dikaitkan dengan perang daripada insiden penceroboh­an militan Sulu 2013 dan pelbagai kekangan tempatan lagi.

“Saya berazam membina Tungku dengan potensinya dan untuk itu saya menyeru rakyat bersama kerajaan bersatu menjayakan usaha perubahan diusahakan dengan jayanya,” katanya.

Assaffal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Kecil Tungku, di sini, semalam.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Firuz Idzualdeen @Bennety Mohd Dzul.

Ketika ditemui, beliau berkata status daerah penuh yang dipohon untuk Tungku sedang dalam peringkat tindakan lanjut dan ia dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Menurutnya, sekiranya ia menjadi kenyataan Tungku telah mempunyai perancanga­n rapi untuk ditadbir dan dibangunka­n.

Katanya, hala tuju pembanguna­n luar bandar akan menumpukan penyelesai­an konsisten pada infrastruk­tur.

Selain itu, melahirkan usahawan dengan menumpu mewujudkan peluang seluasnya untuk pekebun kecil yang akan memberi alternatif lebih daripada satu sumber pendapatan.

“Strategi ini dilakukan secara teratur antaranya kini kita sedang berusaha menyelesik­an masalah tuntutan pemilikan tanah dengan dimulai 327 pemberian milikan tanah.

“Dari sini, rakyat berupaya menambah peluang mengusahak­an potensi yang ada di Tungku seperti mengusahak­an ladang sawit selain memiliki perusahaan ternakan lembu dan ternakan ikan air tawar atau kolam udang di tanah sendiri dengan pelbagai insentif daripada kerajaan,” katanya.

Assaffal berkata, perancanga­n seterusnya membina modal insan dengan lebih teratur dan menyeluruh diwujudkan melalui pembinaan sekolah.

Katanya, dengan menambah satu lagi kemudahan sekolah menengah di kawasan Tanjung Labian akan memudahkan pelajar luar bandar ke sekolah.

Pembinaan sebuah sekolah agama juga akan mengimbang­i keperluan pendidikan aliran agama Islam di Tungku seterusnya melahirkan lebih ramai ilmuan.

Tuntutan penempatan sebuah universiti atau kolej di Tungku juga akan diberi keutamaan bagi mengangkat ilmu sebagai usaha memajukan rakyat Tungku.

 ??  ?? TRANSFORMA­SI: Assaffal bersemanga­t menyanyika­n lagu patriotik pada majlis itu.
TRANSFORMA­SI: Assaffal bersemanga­t menyanyika­n lagu patriotik pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia