Utusan Borneo (Sabah)

SAMORA johan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Daerah Kecil Matunggong

-

MATUNGGONG: Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) muncul sebagai johan Pertanding­an Perbarisan kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kecil Matunggong yang diadakan di Padang Daerah di sini, semalam.

Kontinjen perbarisan SAMORA ditubuhkan atas inisiatif presidenny­a, Dato Dr. Jelani Hamdan selaku penasihat pasukan.

Koordinato­r pasukan ialah Ruhini Andong (Pengerusi Yayasan Gimpuhut Sabah) dan urus setia terdiri daripada Flemie Binsiew, Salunih Maruson, Zainiah Tapah, Fredey Bongirun dan Rohani Molisin.

Kontinjen SAMORA yang diketuai oleh Joslin Masongiu dan dibantu oleh Solibin berjaya menewaskan 29 kontinjen yang lain.

Kontinjen SAMORA terdiri daripada seramai 25 anggota, antaranya ialah Duta Magahau SAMORA Treacy Chee dan Crystaline Jaisus, Gimpuhut Momogun Rungus 2016 Sherone Fung, Gimpuhut Zon Labuan 2019 Marinah Doksil, Gimpuhut Zon Tangkaraso­n 2019 Citer Sarnis dan Gimpuhut Zon Langkon 2019 Viana Mojikol, Lenz Freedly Marajam, Hilson Matius, Charley Matius Hilson, Solibin, Majius Lonza, Apain, Blyron Amyrro, Backron Isaac, Joi serta Ahli Majlis Tertinggi SAMORA Junan Olok.

SAMORA berjaya menempah nama dan muncul sebagai johan pertanding­an itu walaupun kali pertama mengambil bahagian.

Johan kategori NGO membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil. Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Jabatan dan Badan Bukan Kerajaan.

Antara tetamu yang hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Francis Chong, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat N4 Matunggong Barlus Mangabis, Ketua Daerah Matunggong OKK Jominit Kobuhi, Mantan Pegawai Daerah Pitas Bubudan Ot Majalun, wakil Ketua Polis Daerah Kudat dan Ketuaketua Jabatan Negeri dan Persekutua­n di Daerah Kecil Matunggong.

 ??  ?? JOHAN: Kontinjen SAMORA, johan pertanding­an perbarisan kategori NGO.
JOHAN: Kontinjen SAMORA, johan pertanding­an perbarisan kategori NGO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia