Utusan Borneo (Sabah)

Staf Rapid KL berkain sarung pada Hari Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Petugas Rapid Rail yang bertugas pada Isnin ini akan turut memperagak­an kain sarung masing-masing sebagai tanda sokongan kepada inisiatif mempromosi perpaduan nasional, selain menyemarak­kan lagi kemeriahan acara ‘Keretapi Sarong 19’ yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Muhammad Nizam Alias dalam kenyataan semalam berkata inisiatif itu dianjurkan kumpulan komuniti Local Companion (LOCCO) dan disokong oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

Langkah itu juga bertepatan kerana platform pengangkut­an berkenaan mempunyai lebih 1.2 juta penumpang setiap hari untuk semua rangkaian pengangkut­an awamnya termasuk lebih 700,000 penumpang rel di bandar raya Kuala Lumpur melalui perkhidmat­an Rapid KL.

“Hari Malaysia adalah hari yang amat signifikan dan sewajarnya diraikan secara besar-besaran sebagai memperinga­ti kehebatan negara kita, Malaysia dan rakyatnya yang bersatu padu.

“Seperti yang dipromosi oleh pihak penganjur, kain sarung adalah simbol yang cukup baik untuk melambangk­an perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia digunakan oleh pelbagai kaum di negara ini, sekali gus dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Muhammad Nizam berkata semua staf yang bertugas di stesen dan yang memandu tren pada 16 Sept ini akan membawa kain sarung masing-masing seperti kain batik atau kain pelikat bagi menyokong pelbagai aktiviti program seperti nyanyian lagu patriotik, berbalas pantun dan menari sambil mengibar bendera Malaysia.

Untuk edisi keenam ini, peserta akan menaiki tren dari lima stesen terpilih Stesen MRT Kajang, Stesen MRT Bandar Utama, Stesen LRT Gombak, Stesen LRT Subang dan Stesen LRT Ampang pada 9 pagi menuju ke stesen integrasi Pasar Seni yang kemudianny­a bergerak bersama-sama ke lokasi perhimpuna­n yang akan hanya dimaklumka­n pada hari acara itu.

“Memandangk­an kami menjangka pergerakan besar penumpang, peserta dan semua yang berminat menyertai acara ini digalakkan menggunaka­n pas perjalanan My100 dan kad Touch ‘n Go untuk menikmati perjalanan yang lancar,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia