Utusan Borneo (Sabah)

Saham Astro meningkat 4 peratus selepas pengumuman keputusan Q2

-

KUALA LUMPUR: Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat 3.7 peratus atau lima sen kepada RM1.39 pada 11 pagi semalam selepas pengumuman peningkata­n keuntungan bersihnya sebanyak 920 peratus kepada RM169.34 juta dalam suku kedua yang berakhir 31 Julai, 2019.

Kira-kira 2.3 juta unit diurusniag­akan dengan saham meningkat sehingga setinggi lapan sen kepada RM1.42.

Bagi tempoh enam bulan pertama, keuntungan bersihnya meningkat kepada RM345.5 juta daripada RM191.31 juta.

Memandangk­an keputusan lebih baik daripada dijangkaka­n bagi tempoh enam bulan tahun kewangan 2020 itu, Affin Hwang Capital Research berkata ia menaikkan anggaran pendapatan teras Tahun Kewangan 2020-Tahun Kewangan 2022 Astro sebanyak 11-13 peratus.

Semakan menaik itu mengambil kira kos operasi rendah terutamany­a perbelanja­an berkaitan pemasaran dan kakitangan.

Sejajar dengan peningkata­n pendapatan itu, harga sasaran dijana aliran tunai terdiskaun­nya juga disemak semula lebih tinggi kepada RM1.62 daripada RM1.50.

“Memandangk­an potensi peningkata­n 21 peratus kepada harga saham semasa, kami menaikkan saranan saham Astro kepada ‘beli’ daripada ‘tahan’ sebelumnya,” kata firma penyelidik­an itu.

Sementara itu, MIDF Research menyemak semula harga sasaran bagi Astro kepada RM1.84 daripada RM1.74 sebelumnya.

“Kami membuat pelarasan menaik kepada unjuran pendapatan Tahun Kewangan 2020, Tahun Kewangan 2021 dan Tahun Kewangan 2022 masing-masing sebanyak 7.8 peratus, 8.5 peratus dan 5.9 peratus kepada RM675.8 juta, RM686.7 juta dan RM696.0 juta apabila kami merendahka­n lagi andaian kos kami,” kata firma penyelidik­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia