Utusan Borneo (Sabah)

Isu ditinggalk­an kerajaan terdahulu halang janji royalti minyak Sabah, Sarawak: Lim

-

PETALING JAYA: Isu yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu menghalang pelaksanaa­n janji yang dibuat di bawah manifesto Pakatan Harapan, khususnya berkaitan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan terdahulu menyebabka­n sejumlah besar dana sama ada dibazirkan atau meletakkan Malaysia dalam keadaan bermasalah.

“Anda bercakap mengenai dana RM150 bilion, yang bukannya satu jumlah yang kecil. Ini sudah tentu memberi cabaran kepada kerajaan untuk melaksanak­an janji.

“Pada masa sama, saya yakin kerajaan akan mengumumka­n langkah tertentu untuk membuktika­n keutamaan kepada Sabah dan Sarawak tidak berkurang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n e-dompet 1Pay dan platform e-dagang Oneshop oleh Pusat Beli-belah 1 Utama di sini, semalam.

Beliau berkata bagaimanap­un kerajaan mengambil langkah konkrit untuk memenuhi janjinya kepada kedua-dua negeri tersebut, dengan mengambil contoh, pembatalan perjanjian Rakan Pelaksana Projek bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Lim berkata keputusan itu dibuat berasaskan rasionalis­asi kos, selain untuk memastikan harga, perkhidmat­an dan pelaksanaa­n yang lebih baik.

Ketika ditanya sekiranya kerajaan akan mempertimb­angkan pandangan sesetengah pakar ekonomi bahawa cukai barang dan perkhidmat­an (GST) perlu dilaksanak­an semula, beliau berkata: “kita memansuhka­n GST pada Jun tahun lepas dan tidak bercadang untuk memperkena­lkannya semula.”

Sementara itu, Pusat Belibelah 1 Utama semalam secara rasminya melancarka­n e-dompet 1Pay dan laman web beli-belah dalam talian, https://www.oneshop. com,my.

Mengulas mengenai acara semalam, Lim berharap lebih ramai lagi peruncit melaksanak­an peralihan kepada edagang dan e-dompet, justeru itu rakyat Malaysia dapat menikmati kaedah pembayaran yang lebih mudah, selamat dan boleh dipercayai selain transaksi tunai.

Beliau berkata pendigital­an, persaingan dan inovasi telah membawa Malaysia mengalami pembaharua­n sistem pembayaran, dengan jumlah transaksi pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada 34 juta transaksi pada 2018 berbanding kurang daripada dua juta pada 2017. — Bernama

 ??  ?? — Gambar Bernama LANCAR: Lim bersama Pengarah 1 Utama Tan Sri Teo Chiang Kok (kanan) melancarka­n 1Pay Digital E-Wallet and Online Shopping E-Commerce semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Lim bersama Pengarah 1 Utama Tan Sri Teo Chiang Kok (kanan) melancarka­n 1Pay Digital E-Wallet and Online Shopping E-Commerce semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia