Utusan Borneo (Sabah)

Telemovie dialek Sarawak ‘Raja Sungei’ dan ‘Mi Kolok’ di TV1

-

KUCHING: Telemovie dialek Sarawak, ‘Raja Sungei’ dan ‘Mi Kolok bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV1 bersempena sambutan Hari Malaysia. Dua telemovie khas bertemakan sambutan Hari Malaysia yang disambut seluruh warga Malaysia pada 16 September ini. Disiarkan menerusi saluran TV1, keduaduany­a tampil dengan pengisian yang mengangkat erti pengorbana­n dan kemerdekaa­n bermula dengan tajuk ‘Raja Sungei’ pada hari ini (14 September), jam 9.00 malam (ulang siar 16 September, 10.05 pagi). Pada 15 September (esok) pula ikuti tayangan telemovie ‘Mi Kolok’, jam 10.05 pagi. Keunikan dibawakan menerusi keduadua telemovie yang diterbitka­n RTM Sarawak ini kerana menggunaka­n dialek Sarawak yang jarang-jarang sekali dikongsika­n dengan penonton. Kisah dalam telemovie ‘Raja Sungei’ dikaitkan dengan watak utama bernama Adam yang cuba menghidupk­an semula pertanding­an lumba perahu yang pernah popular di kampung itu suatu masa dahulu tetapi niatnya telah ditentang oleh Latep. Latep menentang keras kerana ayahnya merupakan mangsa korban lumba perahu. Latep tidak mahu perkara yang berulang kembali. Berjayakah Adam memujuk orang kampung untuk mengembali­kan semula kegemilang­an Raja Sungai di situ? Telemovie ini menyaksika­n lakonan mantap Anding Indrawani, Melati Mellisa, Wahab Daszz Hairaf dan Zielan Madinil. Menarik perkongsia­n cerita dalam telemovie diberi tajuk ‘Mi Kolok’ pula tentang pemuda dikenali sebagai Sharif tidak berpeluang untuk melanjutka­n pengajian, dan terpaksa mengambil alih perniagaan keluarga iaitu mi kolok apabila ayahnya meninggal dunia. Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui oleh beliau hingga akhirnya masakan warisan keluarga, mi kolok itulah yang telah menyelamat­kan kampung Sharif daripada tergadai kepada pemaju hartanah yang tamak. Bagaimanak­ah Sharif mendepani situasi tersebut? Telemovie ini dibintang oleh Syed Qadir Wan Mohammed, Sere’ie Sapie, Ferrazzill­ah Mohamad dan Nurbaizura Abu Mansor. Pastikan anda meluangkan masa menyaksika­n dua telemovie kekeluarga­an yang pada masa sama menyuntik semangat jati diri dalam diri kita ini di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? JOM TONTON: (Duduk, dari kiri) Penerbit Eksekutif Erma Kartika Zaini, Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak Zainal Abidin Asri Abd Wahi, pengarah telemovie ‘Raja Sungei’ Azwandy@McGee Suhaimi.
WATAK UTAMA: Anding sebagai Adam yang cuba menghidupk­an semula pertanding­an lumba perahu yang pernah popular di kampungnya suatu ketika dahulu.
JOM TONTON: (Duduk, dari kiri) Penerbit Eksekutif Erma Kartika Zaini, Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak Zainal Abidin Asri Abd Wahi, pengarah telemovie ‘Raja Sungei’ Azwandy@McGee Suhaimi. WATAK UTAMA: Anding sebagai Adam yang cuba menghidupk­an semula pertanding­an lumba perahu yang pernah popular di kampungnya suatu ketika dahulu.
 ??  ?? Poster ‘Mi Kolok’ terbitan 2018.
Poster ‘Mi Kolok’ terbitan 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia