Utusan Borneo (Sabah)

9,000 tahanan di depot imigresen

Kerajaan belanja kira-kira RM3.5 juta setiap bulan tampung kos makanan

-

PUTRAJAYA: Kira-kira 9,000 pendatang asing tanpa izin ditahan di 14 depot tahanan imigresen di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Berdasarka­n angka itu, beliau berkata kerajaan membelanja­kan kira-kira RM3.5 juta setiap bulan bagi menampung kos makanan untuk warga asing yang ditahan di depot berkenaan.

“Ini tidak termasuk kos perubatan, utiliti dan kos penyelengg­araan bangunan depot tahanan, jika mereka sakit akan diberikan rawatan.

“Tempoh mereka menetap di depot tahanan bergantung kepada tempoh pemprosesa­n dokumen serta hukuman penjara mereka,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di pejabatnya di sini.

Khairul Dzaimee berkata pendatang asing tanpa izin akan dihantar ke depot tahanan setelah menjalani hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukan dan sementara menunggu proses penghantar­an pulang ke negara asal mereka.

Beliau berkata proses dokumentas­i untuk penghantar­an pulang itu memakan masa sekurang-kurangnya tiga minggu dan selewatlew­atnya tiga hingga empat bulan.

“Segala proses ini melibatkan Imigresen dengan kedutaan dan mengikut Prosedur Operasi Standard, keutamaan akan diberi kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 41,041 warga asing dari pelbagai negara telah diusir pulang oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan, dalam tempoh Januari hingga 9 Sept tahun ini.

“Selain itu, jumlah terkini warga asing yang menunggu giliran untuk dihantar pulang ialah 9,532 orang.

“Kesemua mereka yang menunggu giliran kini ditahan di 14 depot imigresen di seluruh negara,” katanya tanpa mendedahka­n pecahan mengikut negara.

Kapasiti di 14 depot di seluruh negara boleh memuatkan 13,000 tahanan pada satusatu masa. — Bernama

Tempoh mereka menetap di depot tahanan bergantung kepada tempoh pemprosesa­n dokumen serta hukuman penjara mereka. Datuk Khairul Dzaimee Daud Ketua Pengarah Imigresen

 ??  ?? KHAIRUL DZAIMEE
KHAIRUL DZAIMEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia