Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan terakhir 475 jemaah haji Malaysia selamat pulang

Keseluruha­n seramai 30,173 jemaah haji Malaysia selamat pulang

-

TH ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara serta agensi-agensi yang terlibat. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

KUALA LUMPUR: Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 475 orang selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada jam 4.10 pagi semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan semalam memberitah­u keseluruha­n seramai 30,173 jemaah haji Malaysia selamat pulang, manakala 24 jemaah haji telah meninggal dunia di Tanah Suci dan tiga lagi jemaah haji Malaysia sedang mendapatka­n rawatan di hospital Arab Saudi.

“Para jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah pada pada 1.58 petang waktu Arab Saudi, 12 Sept Ketibaan kumpulan terakhir ini menandakan berakhirny­a Operasi Haji TH bagi Musim 1440H/2019M,” kata kenyataan itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dalam kenyataan itu berkata keseluruha­nnya operasi haji tahun ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan rata-rata jemaah haji Malaysia dapat menyelesai­kan ibadah haji mereka dengan sempurna.

“TH ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia, Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara serta agensi-agensi yang terlibat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, satu sesi post-mortem akan dilaksanak­an tidak lama lagi bagi menilai semula semua sudut operasi dan mencari ruang penambahba­ikan bagi musim haji akan datang.

“Surat tawaran untuk menunaikan haji bagi Musim Haji 1441H/2020M dijadualka­n akan dikeluarka­n bermula November ini secara berperingk­at. TH menasihati para pendeposit untuk mengemas kini maklumat masing-masing dengan mengunjung­i cawangan-cawangan TH berdekatan.

“Ini bagi mengelakka­n surat tawaran haji tidak diterima kerana kesilapan alamat dan butiran peribadi yang tidak dikemas kini,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia