Utusan Borneo (Sabah)

Sifat rendah diri Yakub disenangi belia Mukah

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi meluangkan sedikit masa terhadap golongan belia Mukah di Pusat Kegiatan Belia Mukah, petang kelmarin.

Yakub sempat beramah mesra dengan jurulatih dan pelatih pasukan dari Akademi Pembanguna­n Bola Sepak Setia Raja Mukah.

Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah Royston Valentine berkata, sifat merendah diri dan menghormat­i golongan belia ada pada diri Yaakub membuatkan­nya disenangi golongan itu.

“Merendah diri dan sentiasa menyokong belia, mudah didekati dan boleh bersembang bersama sesiapa sahaja termasuk golongan belia dan pelajar,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurut Royston, lawatan santai seperti itu menunjukka­n Yakub sangat mengambil berat perkembang­an golongan belia di Mukah.

Lebih-lebih lagi ia berkaitan pembentuka­n jati diri serta aktiviti sosial harian anak-anak muda.

“Belia sedikit pun tidak rasa janggal menyatakan apa juga pandangan kepadanya, apatah lagi diselangi dengan gurau senda,” jelasnya.

Yakub menjadi wakil rakyat DUN Balingian sejak 2016 setelah kerusi Balingian disempadan­kan semula menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 sebelumnya disandang ADUN Tellian Yussibnosh Balo.

Yussibnosh bertanding di kerusi baharu iaitu DUN Tellian dan menjadi ADUN di situ.

Yakub merupakan salah seorang ahli perniagaan berjaya di Bintulu dan merupakan anak jati kelahiran Kampung Masjid, Balingian.

Sebelum terpilih menjadi calon bagi DUN Balingain, beliau turut memegang jawatan sebagai wali kota bagi Majlis Daerah Dalat Mukah.

 ??  ?? LUANG MASA: Yakub (kanan) ketika bersantai bersama belia petang kelmarin.
LUANG MASA: Yakub (kanan) ketika bersantai bersama belia petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia