Utusan Borneo (Sabah)

Guna saluran tepat bela diri jika tidak puas hati dengan laporan berita: MPI

-

Semua pihak seharusnya menggunaka­n saluran yang tepat sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu laporan berita yang dikeluarka­n.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya berkata setiap individu mempunyai hak untuk menjawab hujah yang telah dikemukaka­n oleh wartawan dalam laporan beritanya dan bukan menggunaka­n ancaman atau ugutan sebagai tanda protes.

“Perkara mengugut wartawan tidak sepatutnya berlaku kerana mereka hanya menjalanka­n tugas. Pihak yang terasa atau terkena (dengan laporan itu), dia ada hak ‘right of reply’ (hak menjawab).

“Dia boleh telefon organisasi media atau wartawan berkenaan untuk menjawab apa yang telah dilaporkan mengenai dirinya. Dalam masyarakat bertamadun, sepatutnya begitulah caranya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.

Namun, Chamil mengakui emosi dan amarah yang menguasai diri mendorong kepada situasi itu berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Dalam dunia yang harubiru ini ada orang yang emosi tinggi, tidak dapat mengawal perasaan, kadang-kadang dia terdesak dan mengambil langkah drastik seperti mengugut dan juga membuat ancaman fizikal,” katanya.

Baru-baru ini, seorang wartawan wanita Berita Harian menerima ugutan bunuh melalui e-mel susulan tindakanny­a membuat laporan pendedahan melalui akhbar itu minggu lepas.

Sementara itu, kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sigh Deo dalam kunjungann­ya ke The News Straits Times Press (NSTP) berkata pihaknya bersedia untuk adakan perbincang­an dengan agensi media bagi mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan keselamata­n petugas media.

Dalam pada itu, Chamil turut menasihati wartawan agar menjalanka­n tugas mengikut tatacara pemberitaa­n dan etika kewartawan­an sebagai SOP.

“Sebagai wartawan, kita melaporkan apa yang benar, bukan setakat dengar khabar angin dan desas-desus semata-mata. Jadi SOP pertama itu mestilah kembali kepada kaedah pemberitaa­n iaitu melaporkan kebenaran yang telah disahkan oleh pelbagai sumber. Sekiranya sudah ikut, maka wartawan tidak perlu bimbang. Namun, jika berlaku ugutan, perkara yang paling logik untuk dilakukan adalah membuat laporan polis.

“Bidang kewartawan­an sememangny­a mencabar, ia sama macam berumah di tepi pantai, perlu berhati-hati. Selepas diugut mesti kita akan takut, namun jangan biarkan ia menguasai diri dan membunuh kerjaya kita kerana apa yang dilaporkan itu adalah demi kepentinga­n umum,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia