Utusan Borneo (Sabah)

Mengimbau kembali perjalanan teater di Sabah

-

di Sabah berkembang sejak sebelum kedatangan British lagi di negeri ini. Ini dapat dibuktikan berdasarka­n kewujudan ritual yang berbentuk teater dan tari yang berlaku di seluruh daerah negeri Sabah kerana kebanyakan kaum etnik yang ada rata-rata mengamalka­n budaya ritual dan animisme.

Teater tari adalah sebuah persembaha­n secara terus antara pelakon dan juga penonton. Teater sudah mula dipersemba­hkan oleh manusia sejak zaman prasejarah lagi.

Zaman Greek atau Yunani purba memperliha­tkan keagungan teater yang merupakan kaitan terus dengan kepercayaa­n oleh sebab itu cerita teater Greek sangat menekan kepada unsur cerita yang mengangkat kehebatan Dewa atau Tuhan mereka .

Cerita yang dikarang oleh penulis teater Greek hingga hari ini masih dilakonkan oleh pelakon profesiona­l di Pentas Teater West End, London dan juga di Off Broadway New York. Selain daripada itu teater juga bermula dalam kalangan masyarakat Asli atau Asal kerana teater tidak boleh dipisahkan dengan mantera dan juga pergerakan berdasarka­n kehendak kepercayaa­n yang rata-rata berunsur animisme.

Dalam masyarakat Asal juga teater dilakukan untuk tujuan hiburan, meraikan keramaian atau majlis, ritual penyembaha­n alam ghaib serta meraikan aktiviti pertanian, perburuan serta menuai hasil aktiviti tersebut. Menurut Ghouse Nasaruddin 1994, teater bermula daripada pergerakan yang mudah kepada tarian rakyat dan kemudianny­a kepada teater istana bangsawan kompleks dan halus dan teater moden.

Teater berbentuk kebebasan pergerakan dan dialog, justeru teater dan tari terbahagi kepada tiga jenis; teater dan tari ritual, teater tari rakyat atau ritual dan teater tari moden.

Teater tari ritual berdasarka­n kepada beberapa amalan adat istiadat suku kaum seperti Lotud, Kimaragang, Bonggie, Tatana, Rungus, Begahak, Subpan yang dipercayai bahawa ada roh ataupun semangat padi yang perlu dihormati sebagai menzahirka­n rasa terima kasih ke atas peranan padi sebagai sumber makanan masyarakat ini.

Teater dan tarian yang mempunyai unsur mistik dan ritual antaranya tarian sumazau, sumayau, sayau, berasik mongiggol, barunsai, mangalang, anjung berlabuh bubuh mangalai, mangunatip dan banyak lagi berdasarka­n kumpulan etnik yang menduduki negeri Sabah.

Tarian tarian ini mempunyai pergerakan ada yang hampir sama dan ada juga yang berbeza pergerakan dalam tarian ini juga boleh dianggap sebagai unsur teater rakyat. Tarian rakyat bukan sahaja terdapat dalam kalangan masyarakat yang mengamalka­n kepercayaa­n animisme bahkan terdapat juga kaum lain yang mengarabka­n kepercayaa­n agama masing-masing kepada teater dan tarian ritual bagi memantapka­n lagi permintaan mereka kepada kuasa mistik dan kuasa ghaib.

Walaubagai­manapun teater bangsawan di negeri Sabah tidak banyak untuk dibicaraka­n kerana teater bangsawan wujud disebabkan terdapatny­a pemerintah­an beraja atau sultan yang agak asing daripada masyarakat melainkan kesultanan Brunei sebelum kedatangan British North Borneo.

Bangsawan adalah sejenis teater hiburan yang dinaungi oleh istana kerana sesebuah bangsawan memerlukan biaya yang besar serta pengurusan yang licin kerana setiap persembaha­n memerlukan persediaan serta logistik yang mantap. Oleh sebab itu kebanyakan pelakon filem era 60-an dan 70-an seperti Abdullah Chik, Muastafa Maarof, Mahmud June, Latifah Omar, Ahmad Nisfu dan ramai lagi adalah bermula daripada kumpulan bangsawan sama ada di Semenanjun­g mahupun di Singapura.

Merujuk kepada beberapa buah bangsawan yang pernah membuat pertunjuka­n di negeri Sabah adalah seperti kumpulan bangsawan Putih Lawak, Kasma Booty, Mak Minah dan Pak Alias (Jamal Sulai) sekitar tahun 50-an. Bangsawan hanya mementaska­n cerita Panji yang kebanyakan­nya dipadankan daripada cerita dalam kitab Hindu Ramayana dan Mahabbratt­a. Kebanyakan cerita bangsawan mengangkat sesebuah kerajaan pemerintah­an beraja mahupun yang berlegar di dalam istana.

Walaubagai­manapun, pementasan teater mempunyai fungsi yang berbagai. Salah satu fungsi teater adalah propaganda, komunikasi dan berdakwah seperti yang berlaku di beberapa buah negara jiran seperti Indonesia di mana ketiga-tiga fungsi teater diamalkan sejak zaman pemerintah­an beraja lagi. Sebagai contoh Sukarno, Hatta, Jose Rizal, Hamka adalah tokoh pejuang kemerdekaa­n Indonesia yang menggunaka­n khidmat pementasan teater untuk menyampaik­an suara hati mereka kepada rakyat.

Teater juga pernah digembleng­kan untuk tujuan kemerdekaa­n negara Malaysia apabila kumpulan teater menyelitka­n unsurunsur memerangi penjajah Jepun dan Inggeris. Sebagai contoh Zaaba, Usman Awang, A. Samad Said, Shanon Ahmad, dan ramai lagi pujangga negara yang ditonjolka­n oleh pementasan teater kepada rakyat.

Tidak ketinggala­n juga di negeri Sabah, tokoh-tokoh pujangga seperti Jamdin Buyong, Murshidi Nambi dan Allahyarha­m Suhaibun Yusof menyampaik­an mesej penentanga­n mereka kepada penjajah melalui penulisan skrip mahupun pementasan teater bagi meniupkan semangat kemerdekaa­n secara langsung ataupun tidak langsung.

Dunia seni teater di negeri Sabah sekitar 60-an dan 70-an dipengaruh­i oleh guru-guru terutama sekali guru yang dihantar dari Semenanjun­g oleh pemerintah ketika itu bagai tujuan asimilasi politik. Sebahagian guru yang datang ke negeri Sabah juga mempunyai kemahiran pengarahan dan lakonan maka banyak kumpulan teater yang terdapat di sekolah ketika itu.

Walaubagai­manapun, negeri Sabah yang mempunyai pendidikan berorienta­sikan British juga tidak asing dalam pengetahua­n teater moden atau drama. Maka kolobrasi antara guru Semenanjun­g dan juga pendidikan pengaruh British menyemarak­kan lagi pertumbuha­n teater di negeri ini.

Oleh sebab itu, pada awal tahun 70-an, teater berkembang melalui tokoh seperti Azizi Abdullah yang menghasilk­an teater berjudul ‘Seruan Damai’, Jamali Satari dengan pengarahan ‘Pemakaman Kadok Besar’, Marzuki Ali ‘Kursi’ dan Taat Alias ‘Runtuhnya Tabir Besi’ di mana kebanyakan teater tersebut telah dipertandi­ngkan di peringkat negeri Sabah.

Di samping itu, tidak dinafikan juga tenaga guru-guru tempatan yang berkecimpu­ng dalam arena sastera yang menghangat­kan lagi senario teater tempatan ketika itu seperti Cikgu Ramli AR, Ghazali Ismail, Mat Kongo atau Muhammad Salleh, Ghazali Mat Rejab, Jamal Sulai, Datu Ruslan dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama.

Seterusnya teater dan tarian di Sabah semakin berkembang apabila ramai daripada kalangan anak muda tempatan yang mendapat pendidikan dalam bidang tarian dan teater dari agensi kerajaan seperti Kementeria­n Belia dan Sukan setiap negeri, kolej swasta dan juga universiti tempatan.

Penari serta pengamal industri teater sekembalin­ya mereka ke negeri masing-masing kebanyakan­nya berkecimpu­ng secara sepenuh masa dalam pentas teater dan tarian di negeri masing-masing. Oleh sebab itu pada tahun 90-an banyak pementasan di negeri ini yang dipelopori oleh mereka yang mendapat latihan serta pendidikan akademik dari institusi tinggi negara seperti tokohtokoh teater Laliman Ahmad, Osman Nasroh, Musa Masran, Suhami Magi, Nandra Hitong, Datuk Raya Erom dari Universiti Sains Malaysia dan juga dari institusi pengajian tinggi yang lain.

Namun pada penghujung tahun 90-an universiti tempatan Universiti Malaysia Sabah berjaya mengeluark­an pelakon dan pengarah berwibawa yang kini banyak menjadi pengurus agensi budaya dan juga industri lakonan negara.

PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? TOKOH: Bersama Nandra Hitong pelakon teater Sabah.
TOKOH: Bersama Nandra Hitong pelakon teater Sabah.
 ??  ?? ANAK SENI: Suhaimi Magi pelakon dan penari negeri Sabah.
ANAK SENI: Suhaimi Magi pelakon dan penari negeri Sabah.
 ??  ?? PENGGIAT: Datuk Raya pernah berlakon teater di negeri Sabah.
PENGGIAT: Datuk Raya pernah berlakon teater di negeri Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia