Utusan Borneo (Sabah)

Di Cirebon, teringat beberapa peribahasa Sunda

- NOTA HUJUNG MINGGU ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

baru saja kembali dari Cirebon untuk memenuhi undangan menghadiri West Java Travel Mart pada 10-12 September, yang dihadiri seluruh penggiat pelanconga­n dari hampir semua wilayah Indonesia. Turut hadir ialah ajen dan wakil syarikat dan agensi pelanconga­n dari Malaysia, Singapura dan negara-negara Asean dan juga India.

Cirebon adalah sebuah daerah di Jawa Barat. Pendudukny­a terdiri dari pelbagai suku bangsa dan majoritiny­a adalah dari suku Sunda dan Jawa.

Ketika singgah di Rumah Makan Klapa Manis, Jalan Raya Cirebon Kuningan Gronggong, melihat pemandanga­n kota Cirebon dari kejauhan, saya cuba mengingat beberapa peribahasa Sunda yang saya pernah baca.

Peribahasa Sunda itu terkandung dalam buku Peribahasa Nusantara Mata Air Kearifan Bangsa yang disusun dan dikumpulka­n oleh Iman Budhi Santosa dan diterbitka­n DPP PDI Perjuangan pada tahun 2016.

Kata orang Sunda, `Sadom araning braja, sakunang araning geni’. Ertinya jarum yang kecil pun dapat jadi senjata, sekecil kunang-kunang pun tetaplah api. Apabila setiap masalah dibiarkan begitu saja tanpa diatasi, akhirnya ia dapat membesar dan membawa bencana.

`Selenting bawaning angin, kolepat bawaning kilat’. Tiupan angin sekejap mata terbawabaw­a oleh petir. Informasi atau khabar berita yang belum dapat dipercayai kebenarann­ya kerana bukti kenyataann­ya belum diketahui dengan pasti.

Oleh sebab itu, kita harus `Leuleus jeujeur liat tali’. Ertinya kita harus banyak pertimbang­an, tidak tergesa-gesa dalam mengambil suatu keputusan. Kita harus mempertimb­angkan dulu masak-masak apa yang akan dikerjakan untuk mengelakka­n kekeliruan dan kesalahan yang mungkin terjadi.

Ada lagi peribahasa lain mengenai sebelum membuat sesuatu itu mesti menimbangk­an terlebih dahulu.

`Landung kandungan laer aisan’. Ertinya memanjang ke bawah kandungan jauh gendongan. Ini gambaran daripada sifat golongan orang bijak yang banyak memiliki pertimbang­an. Dalam menyelesai­kan persoalan tidak menggelaba­h kerana dalam bertindak selalu mempertimb­angkan banyak aspek.

Oleh itu , lebih baik bicaralah apa adanya. `Manan leweh mending waleh’. Daripada susah sendiri, lebih baik bicara apa adanya. Inilah adalah sikap yang baik dan terpuji. Misalnya jika membuat kesalahan, ia tidak ditutupi melainkan diakui dengan terus terang sehingga tidak berpanjang­an di kemudian hari.

Kerana itu, jika bersalah lebih baik kita berserah diri. `Nyanggakeu­n beuheung teukteukue­n, suku genteng belokeun.

Ertinya berserah diri kerana berasa bersalah. Ini wujud daripada sikap seorang kesatria dan bertanggun­gjawab terhadap perbuatann­ya. Walaupun perbuatann­ya salah, tidak perlu ditutup dan dia sedia menerima hukuman terhadap perbuatann­ya.

Saya hanya membaca dan mengambil iktibar daripada peribahasa Sunda itu. Banyak faedahnya. Kebetulan ketika itu saya baru tiba di Cirebon, setelah menempuh perjalanan tiga jam dari Bandung.

Banyak pemandanga­n alam sekeliling yang amat menarik hati. Saya cuba menelusuri alam fikiran Sunda melalui beberapa peribahasa yang saya baca.

Orang Sunda kaya dengan peribahasa, yang kalau direnung dan difikirkan, apatah lagi kalau diikuti pastilah membawa banyak manfaatnya.

Tetapi saya hanya singgah sebentar. Tiga hari di Cirebon, tidak memadai untuk dapat menghayati kearifan tempatan khususnya melalui peribahasa Sunda.

Saya teringat satu lagi peribahasa. ‘Cikaracak ninggang batu laun laun jadi legok’. Titis air yang jatuh terus-menerus di atas batu, lambat laun akan membuat lubang. Jika kita rajin belajar, lama-lama kita akan menjadi pintar.

Hatur Nuhun, kata orang Sunda, yang bermakna `terima kasih’ kerana membaca.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia