Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho bosan dengan kehidupan menganggur

-

MADRID: Jurulatih bola sepak yang sedang menganggur Jose Mourinho sudah bosan bercuti, katanya kepada televisyen Sepanyol kelmarin, tetapi menolak kemungkina­n mengurus pasukan antarabang­sa atau menyertai seseorang pada pertengaha­n musim.

Mourinho dipecat oleh Manchester United (MU) pada Disember 2018 selepas kejayaan yang agak baik selama dua tahun dibayangi pencapaian musuh tetangga dan kuasa bola sepak yang sedang meningkat naik, Manchester City.

Pengurus Portugis itu menjadi masyhur sebagai pengurus Porto yang membuat kejutan apabila mereka memenangi Liga Juara-Juara pada 2004, kemudian menjadi superstar dengan kejayaan dan personalit­inya di Chelsea, Real Madrid, Inter Milan dan akhirnya MU.

Dia memperoleh­i jolokan 'the Special One' ketika dia menyertai Chelsea, selepas dia menyatakan mereka selama ini mencari pasukan terkemuka dan dialah pengurus yang istimewa itu.

“Saya sudah bosan, saya amat bosan,” kata Mourinho kelmarin, selepas ditanya sama ada dia seronok bercuti berpanjang­an selepas bertahun-tahun menduduki kerusi panas.

“Saya menghabisk­an musim panas ini seperti mana-mana peminat lain buat pertama kali, sekarang saya faham bagaimana rasanya,” katanya.

Dengan Kejohanan Eropah yang semakin dekat bagi 2020, jurulatih lantang itu ditanya sama ada dia akan mengurus pasukan kebangsaan ataupun tidak.

“Mungkin dalam masa 10 tahun lagi,” kata pengurus berusia 56 tahun itu.

“Ia adalah sesuatu yang saya ingin buat, membawa pasukan ke Kejohanan Eropah atau Piala Dunia, saya dapat menceburin­ya,” katanya.

“Namun dua tahun bermain perlawanan kecil (perlawanan kelayakan) tidak sesuai bagi saya. Saya suka menyelia latihan harian dan bermain dua atau tiga perlawanan seminggu,” katanya.

Dia menolak kemungkina­n menyertai sebuah kelab sebelum permulaan kempen akan datang.

“Saya tidak mahu mengambil alih sebuah kelab pada Januari, saya suka mencari kelab yang mahu saya bermula pada musim akan datang.”

Mourinho, yang menjadi pengulas TV, berkata masanya di Madrid ternyata paling memuaskan hati kerana persaingan dengan Barcelona.

— AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERI PENDAPAT: Mourinho menghadiri wawancara mengenai bola sepak di Madrid.
— Gambar AFP BERI PENDAPAT: Mourinho menghadiri wawancara mengenai bola sepak di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia