Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan bola sepak SK Sri Pantai Tungku cipta sejarah

Muncul juara bola sepak 7S ‘1M1S’ YBR-KPM 2019 sekali gus mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan di Melaka

-

LAHAD DATU: Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai Tungku mencipta sejarah kejayaan membanggak­an apabila berjaya muncul juara Liga Super Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah (7S) ‘1Murid 1Sukan’ (1M1S) Kali Ke-5 Peringkat Negeri Sabah 2019 berlangsun­g di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan, di sini baru-baru ini.

Kejohanan itu ditaja dan dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (YBRKPM) serta dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu.

SK Sri Pantai yang dibimbing jurulatih berpengala­man, Razul Rafie Suhiman dan Ruzidan Senawi selaku pengurus pasukan menewaskan pasukan SK Entilibon Tongod, Telupid 2-1 pada perlawanan akhir yang menarik dan mendebarka­n.

Pemain lincah SK Sri Pantai, Azwan Kumsih menjadi watak penting dan wira pasukan untuk menjulang kejuaraan itu apabila menjaringk­an kedua-dua gol pada aksi final untuk menjuarai kejohanan berprestij itu.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Ulu Tomani Tenom yang menewaskan pasukan SK Paris Kinabatang­an dengan kemenangan selesa 3-1.

Pasukan SK Sri Pantai mara ke final selepas menundukka­n SK Paris 2-0 melalui sepakan penalti, manakala SK Entilibon menyingkir­kan SK Ulu Tomani 2-1 pada saingan peringkat separuh akhir.

Sementara itu, bagi kategori Liga Perdana (12 pasukan), juara dimenangi pasukan SK Inanam Laut Kota Kinabalu yang menewaskan SK Gayang Tuaran 2-1 melalui sepakan penalti selepas terikat seri 1-1, manakala pasukan SK Kem Kabota Tawau meraih tempat ketiga (Liga Perdana) selepas menundukka­n pasukan SK Pekan Nabawan 1-0.

SK Sri Pantai yang menjuarai Kumpulan F dan diletakkan dalam saingan Liga Super (12 pasukan) kejohanan itu, beraksi cemerlang apabila memenangi kesemua sembilan perlawanan yang diharungi sepanjang kejohanan tersebut.

Kejohanan itu yang disertai 24 pasukan (daerah PPD) seluruh Sabah, dibahagika­n kepada enam kumpulan (Kumpulan A hingga F) yang mana dua pasukan terbaik di peringkat kumpulan, diletakkan dalam kumpulan Liga Super (12 pasukan), manakala dua lagi pasukan dari setiap kumpulan diletakkan untuk bersaing dalam Liga Perdana (12 pasukan) yang masing-masing dibahagika­n lagi kepada empat kumpulan secara liga dalam kumpulan.

Mengulas kejayaan cemerlang itu, ketua jurulatih pasukan SK Sri Pantai Tungku, Razul Rafie amat bersyukur atas kemenangan itu yang pastinya menyuntik semangat keseluruha­n warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lain pada masa akan datang.

“Kami telah menjalani persiapan rapi dan latihan intensif selama hampir dua bulan sebelum kejohanan peringkat negeri Sabah ini,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Katanya, pengelolaa­n awal kejohanan itu di peringkat daerah Lahad Datum membolehka­n pasukan itu dapat dipersiapk­an lebih awal dan dimantapka­n lagi dengan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabat­an sebelum kejohanan itu.

“Terima kasih banyak kepada pihak pentadbira­n sekolah SK Sri Pantai yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu, motivasi serta bantuan kepada pasukan bola sepak sekolah.

"Begitu juga kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu khasnya Unit Sukan dan Kokurikulu­m atas komitmen yang tinggi dan sokongan kuat kepada semua sekolah di daerah Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata, para pemain pasukan itu akan terus menjalani latihan untuk memantapka­n pasukan dalam semua posisi bagi membawa cabaran negeri Sabah ke kejohanan di peringkat kebangsaan nanti.

Sementara itu, Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Lahad Datu, Ruzain @ Madzin Teepi berkata, seramai 288 orang pemain dari 24 pasukan sekolah yang mewakili 24 PPD di seluruh Sabah mengambil bahagian dalam kejohanan itu berasaskan pasukan sekolah masing-masing.

Katanya, ia antara lain bertujuan mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun ke bawah untuk program pembanguna­n sukan bola sepak di peringkat akar umbi.

Selaku juara 2019, SK Sri Pantai Tungku akan mewakili Sabah ke Kejohanan Bola Sepak 7S 1M1S YBR-KPM 2019 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 6 – 8 Oktober depan.

Dengan kemenangan itu, SK Sri Pantai turut mencatat nama sebagai juara bola sepak tujuh sebelah 1M1S YBR-KPM peringkat negeri Sabah, selepas SK Bandar Tawau muncul juara 2016 dan SK Tamu Darat Kota Belud (2017) dan SK Pegagau Semporna tahun lalu (2018) di Telupid.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Amir Kasan Ibnu Hassan yang juga Timbalan PPD Lahad Datu.

Turut hadir ialah Pegawai Eksekutif, Yayasan Bank Rakyat Kuala Lumpur, Mohd Iqbal Abu Bakar dan Nor Faizal Agos Salim dan Penolong Pengarah Unit Sukan JPN Sabah Jauhan Awi serta Pegawai Unit Sukan (Penyelaras Sukan Bola Sepak) SPK JPN Sabah, Abd. Rahman Wahab serta sebahagian Ketua-ketua Unit UPK dan Penyelia Sukan UPK PPD seluruh Sabah.

 ??  ?? JUARA: Pasukan SK Sri Pantai Tungku meraihkan kemenangan selepas menerima piala kejuaraan bola sepak 7S 1M1S YBR-KPM 2019 peringkat negeri Sabah yang disampaika­n oleh Timbalan PPD Lahad Datu, Amir Kasan (tengah).
JUARA: Pasukan SK Sri Pantai Tungku meraihkan kemenangan selepas menerima piala kejuaraan bola sepak 7S 1M1S YBR-KPM 2019 peringkat negeri Sabah yang disampaika­n oleh Timbalan PPD Lahad Datu, Amir Kasan (tengah).
 ??  ?? WAKIL SABAH: Pasukan SK Sri Pantai bersama Razul Rafie (dua kiri) dan Ruzidan Senawi (kanan) akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan (YBR-KPM) pada 6 – 8 Oktober di Melaka.
WAKIL SABAH: Pasukan SK Sri Pantai bersama Razul Rafie (dua kiri) dan Ruzidan Senawi (kanan) akan mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan (YBR-KPM) pada 6 – 8 Oktober di Melaka.
 ??  ?? KETIGA: Pasukan SK Ulu Tomani Tenom menduduki tempat ketiga (Liga Super) selepas menundukka­n pasukan SK Paris Kinabatang­an.
KETIGA: Pasukan SK Ulu Tomani Tenom menduduki tempat ketiga (Liga Super) selepas menundukka­n pasukan SK Paris Kinabatang­an.
 ??  ?? NAIB JOHAN: Pasukan SK Entilibon Tongod, Telupid muncul naib johan kategori Liga Super selepas tewas 1 – 2 kepada pasukan SK Sri Pantai Tungku, Lahad Datum pada aksi final.
NAIB JOHAN: Pasukan SK Entilibon Tongod, Telupid muncul naib johan kategori Liga Super selepas tewas 1 – 2 kepada pasukan SK Sri Pantai Tungku, Lahad Datum pada aksi final.
 ??  ?? KOMITED: Petugas teknikal yang bertungkus-lumus membantu Unit Sukan PPD Lahad Datu untuk menjayakan kecemerlan­gan pengelolaa­n kejohanan tersebut.
KOMITED: Petugas teknikal yang bertungkus-lumus membantu Unit Sukan PPD Lahad Datu untuk menjayakan kecemerlan­gan pengelolaa­n kejohanan tersebut.
 ??  ?? TAHNIAH: Menduduki tempat ke-4 tempat menjadi pencapaian yang membanggak­an bagi pasukan SK Paris Kinabatang­an.
TAHNIAH: Menduduki tempat ke-4 tempat menjadi pencapaian yang membanggak­an bagi pasukan SK Paris Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia