Utusan Borneo (Sabah)

Pesaing di EPL gerun dengan Liverpool

-

LONDON: Permulaan cemerlang Liverpool bagi musim Liga Perdana Inggeris (EPL) sekarang telah membuat pasukan lain yang mahu merebut kejuaraan tercungap-cungap dan pendahulu yang hangat itu dijangka akan meneruskan rekod sempurna mereka dalam perlawanan menentang Newcastle pada malam ini (Sabtu).

Pasukan Jurgen Klopp telah merampas inisiatif awal dalam EPL dengan empat kemenangan berturut-turut untuk membuka kelebihan dua mata ke atas Manchester City di tempat kedua.

Tempo juara Eropah yang tidak putus-putus itu telah menumpaska­n Norwich, Southampto­n, Arsenal dan Burnley, untuk memberi mesej bahawa mereka berazam untuk menebus kegagalan tipis mereka untuk memintas City yang akhirnya memenangi piala pada musim lepas.

Pemain Arsenal Dani Ceballos adalah baharu kepada bola sepak Inggeris selepas dia menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman dari Real Madrid dan pemain tengah Sepanyol itu mengakui terkejut dengan kesungguha­n yang dipamerkan oleh Liverpool dalam kemenangan 3-1 mereka ke atas pasukan The Gunners pada Ogos lalu.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. Saya tidak pernah melihat sehingga sekarang sebuah pasukan yang bermain lebih baik, yang menekan dengan lebih baik. Perlawanan itu memberi impak yang agak mendalam kepada saya,” kata Ceballos kepada akhbar Daily Mail.

“Mereka membuat kita tercungap-cungap. Kita menghabisk­an begitu banyak masa dengan bertahan dan apabila kita mahu bernafas dan mengawal bola sedikit, mereka sudah mengambiln­ya daripada kita sekali lagi.

“Saya rasa Jurgen Klopp sekarang memiliki pasukan yang dia mula-mula fikirkan ketika dia bermula empat tahun lalu.”

City mungkin telah memenangi dua kejuaraan EPL terakhir dengan gaya yang hebat sekali, tetapi Liverpool kelihatan lebih hebat berbanding sebelum ini pada musim ini dan Newcastle tidak mungkin akan dapat menyekat kemajuan mereka di Anfield pada hujung minggu ini.

Dengan City yang menentang Norwich dalam perlawanan lewat pada malam ini, juara itu mungkin akan ketinggala­n lima mata di belakang Liverpool pada waktu mereka melakukan sepak mula di Carrow Road. Di seberang Manchester, Manchester United (MU) bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya dapat bermimpi untuk merosakkan perebutan kejuaraan selepas permulaan yang mengecewak­an menunjukka­n sejauh mana mereka sudah ketinggala­n di belakang pendahulu. MU menang hanya sekali sahaja dalam empat perlawanan pertama mereka, yang menambah kepada insentif bagi pemain pertahanan England Harry Maguire untuk mengilhamk­an kemenangan dalam perlawanan menentang kelab lamanya Leicester. Leicester akan tiba di Old Trafford di atas Maguire dan rakan-rakan dalam kedudukan carta selepas permulaan tanpa kalah yang mengagumka­n. Mauricio Pochettino pasti berharap penutupan jendela perpindaha­n Eropah menaikkan semangat di Tottenham, yang menerima kunjungan Crystal Palace yang menduduki tempat keempat dan mahu mencatatka­n kemenangan kedua mereka. Pochettino bimbang spekulasi mengenai masa depan beberapa pemain Tottenham, termasuk Christian Eriksen, telah mengganggu skuadnya.

Namun Eriksen kekal bersama Tottenham dalam tahun terakhir kontraknya dan Pochettino berkata: “Dia sentiasa gembira. Dia tidak pernah berkata dia tidak gembira di sini. Penyerang Chelsea Tammy Abraham akan menjadi pemain tiga berusia 21 tahun atau lebih muda yang menjaringk­an dua gol atau lebih dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam EPL. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia